[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ]

 


[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ]


Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Bersyukur segala nikmat Allah yang tidak dapat dihitung jumlah banyaknya. 


Menelusuri sirah yang telah diceritakan oleh Dr. Mustafa as-Syibaie, dalam kitabnya Sirah an-Nabawiyah Durus wa 'Ibar, peperangan Badar merupakan peperangan yang dihadapi oleh tentera muslimin dalam keadaan tiada persediaan untuk berperang. 


Bahkan dengan kelengkapan dan bilangan tentera muslimin ketika itu yang tidak ramai iaitu 313 orang berbanding tentera musyrikin dengan bilangan kira-kira 1 000 orang tentera. 


Namun sejarah menunjukkan kemenangan dalam pertempuran tidak bergantung pada kuantiti atau bilangan tentera tetapi ditentukan dengan kekuatan rohani yang ada dalam setiap jiwa tentera muslimin, disebabkan itulah mereka mencapai kemenangan. 


Lihatlah sewaktu sebelum bermulanya peperangan, tentera musyrikin mengadakan pesta arak sambil didengarkan nyanyian oleh penyanyi wanita dan diiringi dengan paluan gendang. 


Kononnya, dengan cara tersebut bangsa Arab berasa gerun terhadap mereka dan sebagai cara mencapai kemenangan.


Sebaliknya, tentera muslimin sebelum bermulanya peperangan, menghadapkan hati-hati mereka kepada Allah, memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan, mengharapkan syahid dan menghidu bau-bauan syurga. 


Natijahnya, golongan yang bertakwa beroleh kemenangan, manakala golongan yang leka dan berfoya-foya ditimpa kekalahan. 


Begitulah dengan konteks kita pada hari ini, usah khuatir dan risau dengan bilangan yang sedikit kerana itu bukanlah penentu kehebatan dan kejayaan dalam sesebuah organisasi Islam. 


Apa yang perlu diterapkan dalam organisasi adalah peningkatan kualiti diri dalam organisasi. 


Bekerja dengan penuh optimis tanpa berputus asa walau gagal berulang kali. 


Seandainya diberikan kejayaan, itu adalah dengan izin Allah. Seandainya diberikan sebaliknya, itu juga adalah dengan izin Allah.


Benarlah firman Allah dalam Surah al-Anfal ayat 10:


وما النصر من عند الله


Maksudnya: "Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah."


Oleh itu, bekerjalah dengan yakin bahawa Allah sentiasa membantu hamba-hamba-Nya yang bertakwa. 



Disediakan oleh:

LUQMANULHAKIM BIN ZAMROSE

Ketua Lajnah Kebajikan dan Perumahan

BKAWM sesi 2021/2022


"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"

"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]