[ KALAM PIMPINAN: TAKRIF KEMERDEKAAN ]

[ KALAM PIMPINAN: TAKRIF KEMERDEKAAN ]


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum wbt


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, buat keluarga baginda, sahabat baginda, para tabi tabiin yang dirahmati oleh Allah sekalian.


Kita boleh lihat bahawa generasi sekarang tidak menghayati makna kemerdekaan yang sebenar. Mereka hanya sekadar mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik semata-mata. Justeru itu,marilah sama-sama kita menghayati makna sebenar 'Kemerdekaan'. 


Kemerdekaan yang sebenar itu adalah bila mana kita benar-benar menjadi hamba Allah yang beriman, yang memerdekakan jiwa kita daripada menjadi hamba dunia. Firman Allah di dalam al-Quran:


"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون"


Maksudnya: “Tidak lah aku menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku"


Kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah kebebasan akal, sikap dan fizikal seseorang daripada anasir-anasir penjajahan yang boleh merosakkan akidah, perbuatan dan tingkah laku insan. Kebebasan yang merungkai belenggu penghambaan sesama manusia kepada penghambaan kepada Allah. 


Sebagai orang Islam, kita mestilah menghayati sirah-sirah nabi terdahulu bagaimana mereka sanggup bersusah payah menyebarkan Islam agar manusia tidak menjadi hamba kepada berhala, sebaliknya para nabi dan rasul bersusah payah mengajak kaumnya untuk menyembah Allah, Tuhan sekalian alam. Kita juga boleh mengkaji dan menghayati bagaimana para pejuang dan para ulama di Tanah Melayu juga berjuang mati-matian agar anak cucunya kekal akidah mereka dengan akidah Islam, bahkan sanggup keringat otak dan tenaga menentang penjajah yang nak merosakkan akidah orang Melayu pada waktu itu. 


Di antara cara-cara untuk memerdekakan diri kita daripada menjadi hamba manusia kepada hamba Allah dengan:-


1) Memperbanyak amal-amal soleh seperti menunaikan solat 5 waktu dengan penuh khusyuk, menunaikan solat tahajud, bersedekah dan sebagainya. 


2) Memperbanyak zikir kepada Allah, kerana dengan zikir lah hati kita akan sentiasa bersangkut paut kepada Allah, sebagaimana Allah berfirman: 


"ألا بذكر الله تطمئن القلوب" 


3) Bersifat zuhud, iaitu tidak mengharapkan habuan dunia, dan tidak meletakkan dunia di dalam genggaman tangan. 


Kemerdekaan bukanlah semata-mata kita menyambut harinya, akan tetapi kemerdekaan tersebut mestilah kita ingati dan hadam sejarah dan perjuangan orang-orang terdahulu, agar kita tidak memutar kembali sejarah yang terdahulu. 


Terlalu besar pengorbanan mereka dalam memastikan negara dan bangsa tidak tunduk pada makhluk, akan tetapi hanya tunduk kepada Allah semata-mata. 


Jadi, apakah pengorbanan yang sudah kita lakukan untuk membalas jasa nenek moyang kita? Fikir-fikirkanlah. 


Disediakan oleh:

NUR HUEQMAH BINTI ABDUL RASHID

Timbalan Lajnah Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2021/2022


"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"

"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]