Posts

Showing posts from October, 2022

[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-24 (MAT-24) ]

Image
[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-24 (MAT-24) ] KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2022 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 (MAT-24) BKAWM berlangsung di Surau, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.      Antara objektif penting MAT-24 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah, serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal.”     Program MAT-24 BKAWM membuka tirainya pada 14 Oktober 2022 dengan Forum Ambang MAT yang disampaikan oleh barisan panel Ustaz Muhammad Harith bin Osman, Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM sesi 2021/2022 dan Ustaz Che Muhammad Zulfattah bin Che Zulkifli, Ketua Lajnah Pengetahuan KPKM sesi 2021/2022 dengan tajuk “Syura Merealisasikan K

[ KALAM PIMPINAN: AT-TARGHIB DAN AT-TARHIB ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: AT-TARGHIB DAN AT-TARHIB ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ‎إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا, من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Firman Allah SWT:  ‎كُنتُمۡ خَیۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَـٰبِ لَكَانَ خَیۡرࣰا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَـٰسِقُونَ.     Maksudnya: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).”  (Surah ali-Imran: Ayat 110) Berdakwah adalah tugas dan tuntutan mulia yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam untuk selu

[ KALAM PIMPINAN: SERUAN MENJADI ANSORULLAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: SERUAN MENJADI ANSORULLAH ] لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (١٤) “Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada pengikut-pengikutnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sekumpulan daripada kaum Bani Israil beriman, dan sekumpulan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.” (Surah as-Saff: Ayat 14) 1. Tawaran hebat daripada Allah SWT dalam ayat sebe

[ KALAM PIMPINAN: SYURA: KEBERKATAN YANG DICARI ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: SYURA: KEBERKATAN YANG DICARI ] بسم الله الرحمن الرحيم  إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيأت أعمالنا من يهده الله فلا مضل له, ومن يضلل فلا هادي له, وأشهد أن لا إله إلا الله, وأشهد أن محمدا عبده ورسوله. Firman Allah SWT dalam Surah Ali-Imran ayat ke-159: وَشَاوِرْهُمْ فِي اْلأَمْرِ Maksudnya: “Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.” Dalam era meniti arus pembentukan ideologi pemikiran, ahli dalam sesebuah mesyuarat ataupun syura adalah satu posisi yang amat penting sehingga menjadikannnya tidak mungkin dipisahkan dalam merangka bentuk sesebuah negara. Oleh kerana, seorang pemimpin yang berkaliber atau bagus sekalipun tidak akan terlepas dari sifat lemah, lalai dan kecelaruan dalam beberapa hal. Dalam kitab الشورى في الإسلام karangan Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadan al-Buti, beliau menggariskan dua jenis ataupun bentuk syura yang terdapat di dalam Islam sesuai dengan se