[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-24 (MAT-24) ]

[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-24 (MAT-24) ]

KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2022 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 (MAT-24) BKAWM berlangsung di Surau, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.

     Antara objektif penting MAT-24 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah, serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal.”


    Program MAT-24 BKAWM membuka tirainya pada 14 Oktober 2022 dengan Forum Ambang MAT yang disampaikan oleh barisan panel Ustaz Muhammad Harith bin Osman, Ketua Unit Dakwah dan Tarbiah BKPJM sesi 2021/2022 dan Ustaz Che Muhammad Zulfattah bin Che Zulkifli, Ketua Lajnah Pengetahuan KPKM sesi 2021/2022 dengan tajuk “Syura Merealisasikan Kesatuan Ummah”. Majlis diteruskan dengan sesi kuiz yang disertai oleh anak-anak Wilayah Persekutuan. 

    Pada 19 Oktober 2022, program MAT-24 BKAWM diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Ustaz Muhammad Fikri bin Zaradi, Anggota Lembaga Penasihat BKAWM sesi 2021/2022 dan bermulalah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24. Pada jam 5.30 petang, program diberhentikan seketika untuk memberi laluan bagi menunaikan solat fardu maghrib. Program diteruskan dengan sesi 1 dan sesi 2, slot laporan JLU dan Usul.



     Keesokan harinya, program diteruskan dengan pembentangan laporan penyata kewangan BKAWM sesi 2021/2022, pelantikan juruaudit sesi 2022/2023, slot muhasabah dan cadangan, kalam akhir pimpinan sesi 2021/2022 dan seterusnya slot Suruhanjaya Pilihanraya yang dikelolai oleh pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2022.

     Majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah dan disusuli persembahan daripada kumpulan nasyid yang tidak asing dalam kalangan mahasiswa Mesir iaitu Paradise. Program MAT-24 BKAWM melabuhkan tirainya dengan tayangan video program-program yang telah dijalankan sepanjang sesi 2021/2022 serta sambutan hari lahir BKAWM kali ke-24.
     
    Pihak program mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus menyumbang masa, wang dan tenaga demi menjayakan program MAT-24 BKAWM ini. Tidak dilupakan juga kepada semua yang menyokong dan membantu dari segi kewangan dan tenaga secara langsung atau tidak langsung.

Semoga Allah mengira khidmat dan bakti kita terhadap BKAWM sebagai amal ibadah yang menjadi bekalan di akhirat kelak, Insya-Allah.

Disediakan oleh:
TUN AHMAD IRFAN BIN AHMAD BAKRI,
Setiausaha,
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 (MAT-24)
BKAWM sesi 2021/2022. 

 "Syura Merealisasikan Kesatuan Ummah"

“Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]