[ KALAM PIMPINAN: SERUAN MENJADI ANSORULLAH ]
لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَت طَّائِفَةٌ مِّن بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَت طَّائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ (١٤)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada pengikut-pengikutnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sekumpulan daripada kaum Bani Israil beriman, dan sekumpulan lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”
(Surah as-Saff: Ayat 14)
1. Tawaran hebat daripada Allah SWT dalam ayat sebelum ini bukanlah pemberian percuma. Dalam ayat terakhir ini dinyatakan sifat dan tindakan para penolong agama Allah SWT yang sentiasa berusaha mempertahan dan meninggikan agama-Nya serta balasan baik yang dikurniakan Allah kepada mereka.
2. Sahabat-sahabat yang setia atau Hawariyun dalam ayat ke-14 ini adalah murid-murid Nabi Isa a.s.. Ada ulama tafsir berpendapat mereka terdiri daripada dua belas orang yang sentiasa bersama-sama dengan Nabi Isa a.s. dengan memberikan sepenuh penumpuan kehidupan mereka menerima ajaran Nabi Isa a.s.. Selepas Nabi Isa diangkat ke langit, mereka memperjuang dan menyebarkan ajaran-ajaran dan wasiat-wasiat Nabi Isa a.s..
3. Hamba-hamba Allah yang menyerahkan dirinya menjadi penyokong Allah mendapat satu tempat yang lebih tinggi di sisi-Nya. Kita diingatkan supaya menjadi penyokong Allah sepertimana Nabi Isa a.s. berkata kepada sahabat-sahabat setianya ,”Siapakah yang sanggup menjadi para penyokongku untuk menegakkan agama Allah?” Jawab sahabat-sahabat setia itu, “Kamilah para penyokong Allah”. Kesanggupan mereka untuk memikul tugas itu telah melayakkan mereka mendapat penghormatan dengan mendapat gelaran penyokong Allah.
4. Maksud kemenangan di akhir ayat ini ialah mereka telah mendapat kemenangan dengan kekuatan hujah-hujah dan alasan-alasan yang kukuh iaitu akidah tauhid yang dipegang oleh mereka.
Disediakan oleh:
MUHAMMAD AQIL BIN MUSTAFA
Ketua Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah BKAWM sesi 2021/2022
"Memurnikan Kesatuan, Melestarikan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"
Comments
Post a Comment