Posts

VIDEO TEASER MAT-20

Image
Berikut merupakan video teaser Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) kali ke-20 yang bertemakan "Mahasiswa Cemerlang, Kepimpinan Terbilang". #MAT20 #MenujuUlangTahunBKAWMkali -20 "Mahasiswa Cemerlang, Kepimpinan Terbilang" "Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ BERITA: WILAYAH PERSEKUTUAN BAZARIA 2018 (WAZE '18) ]

Image
[ BERITA: WILAYAH PERSEKUTUAN BAZARIA 2018 (WAZE '18) ] Kaherah , 21 Mac 2018 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2017/2018 telah mengadakan satu program mega iaitu Wilayah Persekutuan Bazaria 2018 (WAZE '18) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie'. Program telah berlangsung selama 4 hari pada 17 Mac hingga 20 Mac 2018. Sejajar dengan Tema Program iaitu Ekonomi Islam Diperkasa, Suasana Mahabbah Dicipta, objektif program WAZE '18 ini diadakan adalah untuk menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM,  Menerapkan sikap profesionalisme dalam perniagaan, memberi kefahaman nilai-nilai ekonomi berlandaskan Islam kepada ahli serta membuka ruang kepada ahli BKAWM untuk menjana kewangan sekaligus dapat mewujudkan susana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir. Jualan bazar WAZE '18 bermula pada jam 1:00 tengahari sehingga 10:00 malam. Terdapat 8 buah gerai telah dised...

[ BERITA: TINTA KASIH AIDILFITRI 2018 (TAUTAN '18) ]

Image
[ BERITA: TINTA KASIH AIDILFITRI 2018 (TAUTAN '18) ] KAHERAH, 18 Jun 2018 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Tinta Kasih Aidilfitri 2018 (TAUTAN '18) telah selamat melabuhkan tirai pada 17 Jun 2018. TAUTAN '18 adalah sebuah program yang diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Ahli Jawatankuasa program ini terdiri daripada 16 orang 8 orang ikhwah dan 8 orang akhawat . Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula 15 Jun 2018 sehingga 17 Jun 2018. Antara objektif penting TAUTAN ‘18 adalah mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir, menambah thaqafah dan kemahiran serta menghidupkan budaya bermasyarakat serta menjadi medium kepada semua anak Wilayah Persekutuan meraikan sambutan hari raya di perantauan. Program TAUTAN ’18 telah dimulakan dengan perutusan syawal yang telah disampaikan oleh YDP BKAWM ...

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA PANJI DAKWAH ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA PANJI DAKWAH ] Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji bagi Allah yang Maha Agung, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan yang mulia, Nabi Muhammad SAW, ikutan sepanjang zaman. Pada bulan Muharram ini, banyak peristiwa yang dicatatkan di dalam buku-buku sirah berkenaan kebangkitan agama Islam di zaman Rasulullah SAW. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW merupakan satu peristiwa yang sangat penting bagi umat Islam. Peristiwa tersebut merupakan titik tolak kepada perjuangan Islam yang sangat penting di mana generasi awal para sahabat telah menjadikan hijrah sebagai permulaan tahun bagi umat Islam. Hal ini menandakan bahawa perlu untuk sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada sirah Nabi Muhammad SAW ini. Di antara iktibar dan perkara penting yang boleh diambil ialah, golongan pemuda atau belia bekerjasama untuk menegakkan agama Islam di tempat masing-masing. Antara pemuda-pemuda di zaman Rasulullah SAW yang membantu pe...

[ BERITA: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2018 (MSP '18) ]

Image
[ BERITA: MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2018 (MSP '18) ] KAHERAH, 5 APRIL 2018 -  Program Muhasabah Separuh Penggal 2018 (MSP '18) telah berlangsung di Surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie, yang dikelolai oleh Lajnah Perancang BKAWM dengan kerjasama AJKT/HEWI BKAWM sesi 2017/2018. Program ini diadakan untuk membuat penilaian terhadap gerak kerja separuh sesi pertama. Selain pimpinan, ahli juga terlibat membuat penilaian dengan mengemukakan muhasabah dan cadangan kepada barisan kepimpinan secara terus. Majlis dimulakan dengan tazkirah dan bacaan surah yasin. Kemudian, sejurus solat Isya' slot Muhasabah Separuh Penggal bermula. Jabatan Setiausaha Agung (JASA) menjemput setiap 3 unit bagi membentangkan laporan. Seterusnya, JASA membuka ruangan sesi muhasabah & cadangan daripada ahli. Akhir sekali, JASA menyerahkan kepada Lajnah Perancang (LP) bagi membentangkan laporan usul BKAWM. Slot ini disudahi dengan kalam YDP dan NPH. Majlis disus...

[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ]

Image
[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ] KAHERAH, 12 Ogos 2018 –Program Marsa Matruh Siwa 2018   atau singkatannya SUMMER‘ 18 adalah sebuah program anjuran oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir pada musim cuti panas. Program ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula 10 Ogos 2018 sehingga 11 Ogos 2018. Antara objektif penting SUMMER‘ 18   adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir, menambah thaqafah serta   membuka minda para peserta bagi menghayati keindahan alam ciptaan tuhan. Program SUMMER’ 18 dimulakan pada 9/8/2018 dengan taklimat ringkas perjalanan program oleh saudara Abdul Hadi Bin Nazaruddin , ketua Unit Pengisian di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan pada jam 10 malam. Perjalanan ke Matruh bermula seawal jam 12 malam dan berhenti seketika di masjid pada jam 4 pagi untuk solat subuh ...

[ BERITA: SIMPOSIUM ILMUAN MUDA ISLAM 2018 (SOLUSI '18) ]

Image
KAHERAH, 24-25 Februari 2018- Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri telah mengadakan Simposium Ilmuan Muda Islam 2018 (SOLUSI ’18) yang disertai oleh   mahasiwa dan mahasiswi di perlembahan Nil. Majlis telah dirasmikan oleh wakil Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri, saudara Ahmad Muhaimin bin Mohd Zain, Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir.          Program ini dibahagikan kepada lima slot sepanjang dua hari tersebut. Slot pertama membincangkan berkenaan “Eskatologi Menurut Hadis Akhir Zaman” yang dibentangkan oleh Syeikh Ali Abdul Basit Muzid yang merupakan pensyarah Hadis wal Ulumuhu, Universiti al-Azhar. Slot ini lebih membincangkan berkaitan perihal akhir zaman. Selain itu, membicarakan berkenaan tanda-tanda kiamat yang berlaku di akhir zaman serta peranan kita dalam menghadapinya. Di samping itu, tujuan slot ini adalah untuk melahirkan generasi yang optimis serta bijak menghadapi zaman fitnah berteraskan...