[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ]








[ BERITA: MARSA MATRUH SIWA 2018 (SUMMER '18) ]

KAHERAH, 12 Ogos 2018 –Program Marsa Matruh Siwa 2018  atau singkatannya SUMMER‘ 18 adalah sebuah program anjuran oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di Mesir pada musim cuti panas. Program ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula 10 Ogos 2018 sehingga 11 Ogos 2018.
Antara objektif penting SUMMER‘ 18  adalah untuk mengeratkan ukhuwah sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir, menambah thaqafah serta  membuka minda para peserta bagi menghayati keindahan alam ciptaan tuhan.




Program SUMMER’ 18 dimulakan pada 9/8/2018 dengan taklimat ringkas perjalanan program oleh saudara Abdul Hadi Bin Nazaruddin , ketua Unit Pengisian di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan pada jam 10 malam. Perjalanan ke Matruh bermula seawal jam 12 malam dan berhenti seketika di masjid pada jam 4 pagi untuk solat subuh dan tazkirah subuh yang telah disampaikan oleh saudara Abdul Wafi bin Alias, Penasihat BKAWM sesi 2017/2018. Perjalanan ke Matruh diteruskan lagi selepas selesai sarapan pagi.




Acara pertama iaitu sukaneka berlangsung di Pantai Putih sambil menyediakan makanan tengah hari setelah kesemua peserta solat zohor secara berjemaah di tepi pantai.  Setelah itu, para peserta menikmati makan tengah dan bermandi-manda di tepi pantai sambil berswafoto bersama rakan-rakan. Kelihatan semua peserta sangat gembira dengan pengisian serta aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan.



Seterusnya, perjalanan diteruskan ke pantai Agiba dan bergambar beramai-ramai disana. Aktiviti hari pertama diakhiri dengan semua peserta berehat di rumah tumpangan di Matruh. Pada keesokan paginya, perjalanan diteruskan ke Siwa sejurus sahaja menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sepanjang perjalanan ke Siwa, waktu lapang itu diisi dengan permainan radio karat.




Para peserta sempat berehat sebentar di kolam air panas Siwa sebelum perjalanan diteruskan ke padang pasir Oasis. Disana, peserta berkesempatan untuk menaiki kenderaan pacuan empat roda dan dibawa merentasi padang pasir yang penuh liku dan bukit bukau. Akhirnya, kesemua peserta berkesempatan untuk menyertai permainan sandboarding.




Kelihatan wajah kesemua peserta berpuas hati dengan jaulah kali ini. Semasa perjalanan pulang, program berhenti seketika di tasik garam. Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan ucapan penutup oleh saudara Muhammad Hadi Bin Idris selaku Pengarah SUMMER’18 di kawasan rehat di Siwa.


Disediakan oleh:



MUHAMMAD ASHRAF BIN AHMAD ROSDI
Setiausaha Marsa Matruh Siwa 2018 (SUMMER '18).


"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"

"Bersama Bersatu"



Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]