Posts

[ KALAM PIMPINAN: LIRIH KEIKHLASAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: LIRIH KEIKHLASAN ]  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين  Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan kurnia dan inayah-Nya, kita masih diberi peluang untuk hidup bagi meneruskan segala perintah daripada Allah serta meninggalkan segala larangan-Nya.  Bersyukur juga atas segala nikmat yang Allah berikan di mana nikmat itu tidak pun kita minta, namun Allah tetap berikan buat hamba-Nya atas rahmatnya Allah SWT.  Firman Allah SWT:  وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ  Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku." [Surah az-Zariyat: Ayat 56]  Ayat di atas mengingatkan kepada kita bahawa tujuan Allah menciptakan manusia dan jin di muka bumi ini iaitu mengabdikan diri kepada-Nya.  Telah digariskan dalam syariat Islam yang diwahyukan oleh All...

[ BERITA: RAIKAN SYAWAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2021 (RAYA '21) ]

Image
[ BERITA: RAIKAN SYAWAL WILAYAH PERSEKUTUAN 2021 (RAYA '21) ] KAHERAH, 12 Mei 2021 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Raikan Syawal Wilayah Persekutuan 2021 (RAYA ‘21) telah selamat melabuhkan tirai pada 15 Mei 2020. RAYA ’21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula dari 13 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021. Antara objektif yang diketengahkan oleh RAYA ‘21 pada kali ini ialah menyambut serta menghidupkan suasana Aidilfitri, mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan dan memperkukuh thaqafah islamiah anak-anak Wilayah Persekutuan. Program RAYA ‘21 telah dimulakan dengan Perutusan Khas Syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2021, Saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin. Aktiviti diteruskan dengan video ucapan pera...

[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2021 (IHTIRAM '21) ]

Image
[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2021 (IHTIRAM '21) ] KAHERAH, 9 April 2021 – Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas kurniaan-Nya dapat kita sampai ke bulan Ramadan al -Mubarak ini. Sehubungan itu, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2021 (IHTIRAM ‘21) telah dianjurkan bagi menggalakkan ahli untuk beribadat kepada Allah. IHTIRAM ’21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut Ramadan di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula daripada 13 April 2021 sehingga 12 Mei 2021. Sambutan IHTIRAM ‘21 pada kali ini sangat berbeza dengan sambutan IHTIRAM pada sesi sebelum ini. Hal ini kerana wujudnya penyakit yang menular di seluruh dunia iaitu pandemik COVID-19 yang boleh menjangkiti semua orang. Seluruh pelajar disarankan untuk duduk di rumah dan keluar mengikut keperluan sahaja. Oleh sebab itu, pihak program telah memutuska...

[ KALAM PIMPINAN: BUAH KESABARAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: BUAH KESABARAN ] Bismillahirrahmanirrahim, اللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تُنْحَلُ بِهَ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَك Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan Islam. Firman Allah SWT: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. – (Surah al-Baqarah: 153) Sebagai seorang muslim, kita tidak lari daripada diuji oleh Allah SWT. Tid...

[ KALAM PIMPINAN: SYUKUR PENYUBUR IMAN ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: SYUKUR PENYUBUR IMAN ] الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا. أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، البدر الدُّجى والسِّراج المنير اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، نبي الرحمة وشفيع الأمة، وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه، أما بعد. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih menghidupkan kita, yang memberi peluang kepada kita untuk sampai ke penghujung Ramadan dan dipilih oleh Allah untuk berada di bulan Syawal (bulan kemenangan bagi umat Islam). Berkat kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi bulan Ramadan selama 30 hari, membuatkan kita berasa lebih syukur kepada Allah kerana diberi peluang merasai nikmat ibadah yang luar biasa. Tidak seperti bulan-bulan yang lain. Allah SWT mengganjarkan ganjaran yang berlipat kali ganda pada setiap amalan yang dilakukan. Terdapat juga am...

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 16 Mei 2021: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang pertama iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keprihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2020/2021 akan bermula pada hujung bulan Mei 2021. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 15 Mei 2021. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan selu...

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP AMALI ] Bersempena peperiksaan fasa 2 yang bakal berlangsung tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2021, menetapkan Discussion Group Amali pada tarikh 14 Mei 2021 bersamaan hari Jumaat.  Semoga dimudahkan segala urusan kepada ahli BKAWM. Rancanglah masa dan uruskannya dengan baik. Semoga kita semua dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat.  LUQMANULHAKIM BIN ZAMROSE, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, BKAWM sesi 2021. "Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"