SEJARAH

Sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)


Kehendak semasa di bandaraya ibu kota adalah perangsang utama mahasiswa dan mahasiswi di bumi Mesir ini untuk mewujudkan sebuah persatuan khusus bagi melengkapkan generasi yang akan datang sebagai generasi pendakwah yang mampu menghadapi cabaran dan berketrampilan dalam menongkah arus kemodenan dan kemajuan. Selain daripada itu dengan adanya persatuan ini, ianya dapat membantu dan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menuntut di bumi yang penuh dengan keberkatan ini.

Maka terciptalah sejarah penting dalam rentetan kehidupan mahasiswa dan mahasiswi Wilayah Persekutuan pada tanggal 19 Oktober 1998 bersamaan hari Isnin, Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur ringkasnya BKAKLM telah di tubuhkan secara rasminya. Badan ini telah diisytiharkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) selaku jawatankuasa penaja BKAKLM. Majlis bersejarah tersebut telah diadakan di Dewan Syeikh Sya`rawi, Haiyu Sabeik dan dirasmikan oleh Ustaz Aminurrasyid Bin Yatiban pemangku Presiden PMRAM.

Di atas cadangan dan pandangan daripada ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) untuk melebarluaskan keanggotaan, maka pada tanggal 14 Oktober 2004 hari Khamis di Darul Madani, Markaz Wilayah Persekutuan, Haiyu Asyir diwujudkan.

Mesyuarat Agung Khas (MAK) bagi menukar nama Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir kepada Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sekaligus menggubal perlembagaan, yang dihadiri dan dipersetujui oleh 2/3 ahli ketika itu.

BKAWM bernaung dibawah Majlis Agama Islam Wilaya Persekutuan (MAIWP) secara rasminya pada 26 Mac 2007 bersamaan 7 Rabi’uawal 1428H yang dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Abdullah Bin Md Zin Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

BKAWM berperanan untuk menaungi anak-anak Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Di samping itu, BKAWM juga berperanan untuk menjaga kebajikan ahlinya dari sudut keperluan material, mental dan fizikal terutamanya yang berkaitan dengan pengajian dan pembelajaran. Kesinambungan itu, badan ini telah menjalankan pelbagai program yang bersesuaian dengan tuntutan semasa bagi melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berswadaya dan berketrampilan.

OBJEKTIF PENUBUHAN BKAWM

* Menyatupadu dan mengeratkan hubungan ukhuwah antara seluruh anak-anak Wilayah Persekutuan yang sedang menuntut atau tinggal di Mesir.

* Memberi khidmat bakti kepada anggota dari segi keperluan mental, material dan fizikal yang di fikirkan perlu.

* Membantu memperkembang dan meninggikan taraf pemikiran dan pengetahuan serta mengambil berat tentang pelajaran di kalangan anggota.

* Mengadakan hubungan dengan pihak berwajib dan persatuan-persatuan luar.
Menjaga nama baik Agama, Negara, BKAWM dan harta BKAWM.





-------------------------------------------------------------------------------------






Definisi Logo BKAWM

(BULAN DAN BINTANG)
Agama Islam yang menjadi tunggak BKAWM

(KITAB)
Dasar pegangan dan pengetahuan BKAWM Al-Quran dan As-Sunnah

(3 BINTANG)
3 Wilayah Persekutuan

(PERISAI)
Memperkukuh dan memperkasa jati diri ahli BKAWM

(BUNGA PADI)
Kebajikan

(1998 1419)
Tahun BKAWM ditubuhkan

(BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI)
Moto BKAWM

(BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR)
Badan Kebajikan Anak Wialyah Persekutuan Mesir atau Student Federal Territory Association Of Egypt

(KUNING)
Keutuhan dan ketaatan

(BIRU)
Kemurnian dan kesusilaan

(MERAH)
Keberanian dan kesanggupan menghadapi cabaran





-----------------------------------------------------------------------------------





Sejarah Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir (ARWP)


1998
-Menghantar kertas kerja cadangan pembelian bangunan untuk dijadikan asrama pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

2006 - 2007

-Dato Che Mat Che Ali Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP ingin berjumpa dengan wakil persatuan pelajar Wilayah Persekutuan, bertempat di Hotel Conrad.
-Wakil Persatuan dan Alumni BKAWM mengadakan kunjungan hormat ke kediaman rasmi Dato Che Mat Che Ali Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP di Putrajaya untuk menyerahkan beberapa kertas kerja cadangan untuk kebajikan pelajar.
-Lawatan rombongan Pengerusi MAIWP YB Abdullah Md Zain dan pegawai-pegawai kanan MAIWP ke Mesir, pada Mac 2007. Bertujuan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 63 369.00 kepada Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dan dalam masa yang sama, MAIWP menjadi penaung rasmi pada BKAWM.

2008 - 2009

-Proses mencari bangunan untuk dijadikan asrama penempatan untuk pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan.

-Beberapa siri lawatan kerja dari Bahagian Pembangunan dan Pelaburan (BPP) MAIWP ke Mesir untuk menguruskan urusan mencari dan membeli bangunan beserta ubahsuai untuk dijadikan asrama pelajar. Mereka terdiri daripada:

-Dato Mohd Sallehuddin Othman
-Dato Haji Abdul Manaf Ahmad
-Dato Haji Muda Mamat
-En. Ibrahim Ismail
-Ir. Abdul Karim Mohamed
-Ar. Zairul Azidin Badri

-Majlis menandatangani perjanjian pembelian tanah dan bangunan di antara MAIWP dan kontraktor tempatan Syarikat EL Attal Group.

- 17 Februari 2009
Buat pertama kalinya MAIWP menempatkan seorang pegawai bertugas di luar negara ke Kaherah, Mesir untuk menjadi Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Ditugaskan untuk menjaga kebajikan dan membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar2 WP.

- 3 Mac 2009

Pejabat pengurusan MAIWP Mesir mula beroperasi.

- 10 Mac 2009

Berpindah masuk ke asrama baru.




Maklumat Penempatan
Bangunan baru yang dikenali sebagai Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) Mesir ini beralamat di :

Malaysia Student Complex
No. 24 El-Mahdi Ibn Barakah Street,
7th District, Nasr City, Cairo.
Arab Republic Of Egypt.

Bangunan pertama milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini mempunyai 8 tingkat dengan 10 rumah pelajar, 1 rumah pegawai, 1 pejabat PPMM dan 2 rumah tamu. 5 tingkat menempatkan rumah pelajar yang mempunyai 3 buah bilik, 2 bilik air dan 1 dapur. Untuk penempatan pelajar boleh menampung 100 orang pelajar dalam sesuatu masa.

Prasarana
Dilengkapi dengan prasarana yang lengkap, bangunan ini menempatkan :
  • Pejabat Pegawai Pengurus Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mesir.
  • Kediaman pegawai.
  • Kuala Lumpur Cairo Cafe (KLCC).
  • Kedai BKAWM.
  • Perpustakaan Darul Madani.
  • Dewan Sri Putra.
  • Bilik mesyuarat.
  • Pejabat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir.
  • Bilik internet.
  • Rumah tamu pakej Villa dan Vista.







-------------------------------------------------------------------------------------




SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI AL-AZHAR


Ia dibina oleh kerajaan Fatimiyyah (909-1171) yang menjadikan Kaherah sebagai pusat pemerintahannya. Universiti ini asalnya dibina sebagai Masjid al-Azhar. Pada masa itu, masjid merupakan pusat pelbagai aktiviti orang Islam termasuklah pendidikan.

Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Pada 969 Masihi Kota Kaherah telah dibuka dengan rasminya sebagai ibu negara Mesir. Pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadilawal 359 Hijrah kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar dimulakan. Pada hari Jumaat, 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361Hijrah masjid ini siap dsepenuhnya, solat jumaat pertama telah didirikan di Masjid itu.


Pada tahun 378 hijrah, seorang wali kerajaan Abbasiyah Mesir, Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah Aziz Billah agar masjid itu dijadikan Jam’iyah (Universiti). Bermula dari tarikh inilah Al-Azhar mula dikenali diseluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja umat Islam yang memenuhinya bahkan juga turut didatangi oleh orang-orang bukan Islam yang datang untuk mencedok ilmu-ilmu Islam terutamanya dari perancis dan eropah barat.

SISTEM PENDIDIKAN DI UNIVERSITI AL-AZHAR

Sistem pengajiaan di al- Azhar dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi terletak di bawah pentadbiran Majlis Tertinggi al- Azhar yang dipengerusikan oleh Syeikh al- Azhar.
Tempoh pengajian al Azhar adalah seperti berikut :

* Peringkat rendah (ibtidaie) 6 tahun
* Peringkat menengah (i'dadi) 3 tahun
* Peringkat menengah atas (thanawi) 4 tahun
* Peringkat universiti 4-6 tahun


Bermula sesi 1992/1993, Universiti al Azhar mula menghantar sebahagian pelajar Malaysia ke tujuh cawangannya di luar Kaherah iaitu Iskandariah, Damanhur, Dimyat, Mansurah, Zaqazik, Tanta dan Shibin el Kom. Pihak al Azhar turut mengadakan fakulti yang berasingan di antara pelajar lelaki dan perempuan.



Fakulti-fakulti yang terdapat bagi pelajar lelaki adalah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Bahasa Arab, Dakwah Islamiah, Usuluddin, Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Pendidikan Sains, Perubatan, Pergigian, Perdagangan, Bahasa dan Terjemahan, Farmasi, Pertanian, Kejuruteraan dan sebagainya. Manakala fakulti untuk pelajar perempuan adalah Pengajian Islam dan Bahasa Arab yang terdiri daripada kuliah-kuliah Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Pengajian Kemanusiaan, Perubatan, Perdagangan, Sains dan lain-lain.

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]