Isu Qiraat Di Media Massa, PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan Berduka

Isu Penuntut Qiraat Shoubra dan Mansoura yang tidak dapat menduduki peperiksaan 8 Mei lepas mendapat perhatian Media Massa.


(Keratan Akhbar Harian Metro bertarikh 12 Mei 2010)



(Di harian Metro Online)



(Di laman informasi TranungKite)




(Di laman Alternatif HarakahDaily)





Apa yang menimpa kepada penuntut Qiraat di Shoubra dan Mansoura amatlah kami dari BKAWM simpati dan berduka, apatah lagi PMRAM cawangan Shoubra merupakan DPM taakhi kami. 'Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga'.

Mana mungkin ahli keluarga sendiri, sahabat seFikrah dan seAmal yang ditimpa musibah dan mehnah ujian, hanya boleh melihat tanpa ada terdetik dan cetusan di hati untuk membantu, lebih malang lagi, jika ada di sana ungkapan-ungkapan bisul lagi bernanah, seraya berkata, biarkan hal mereka, kerana itu DPM mereka, jadi mereka akan uruskan dengan sendiri, seraya juga, itu persatuan mereka, bukan persatuan kita, jadi merekalah yang akan selesaikan sendiri.

Sahabat kami dari Shoubra dan Mansoura, cekal dan tabahlah kalian dalam berhempas pulas, menyapu peluh, bermasam lesu bagi menguruskan perihal pelajar demi kebajikan ahli-ahli PMRAM di cawangan Shoubra dan Mansoura. Moga-moga usaha penat lelah ini Allah menjanjikan sesuatu buat kalian. Bagi penuntut-penuntut yang berkenaan, terimalah dengan Redha, supaya kalian menjadi hamba-NYA yang dipilih untuk diRedhai, kerana untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T itu hambanya perlulah redha dahulu terhadap apa yang didatangkan dari-NYA. Ketahuilah, Redha Allah itu adalah yang tertinggi nikmatnya.

Kami dari kepimpinan PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan bersedia menghulurkan sebarang bantuan dan janji yang manis yang tiada tawar lagi pahit. Terbuka seluasnya 25 Jam sehari untuk kalian demi rakan yang disayangi.


Ada Hikmah disebalik tirai dan catatanNYA,
Tuhan itu bekerja dengan penuh rahsia.


Unit Penerangan,
PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]