Langkah-langkah Bijak Menjelang Peperiksaan
Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama.
Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan.
Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.
Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan ini.
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak
sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh
melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan
menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru.
Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu
bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar
sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.
18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan
minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan
moral sebegini amatlah penting.
22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
26.Jangan bercinta dengan kekasih atau buah hati menjelang peperiksaan. Ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar ' putus cinta' menjelang peperiksaan! (sekiranya ada yang bercintan-cintun la)
27.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
28.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
29.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
30.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.
*Langkah-langkah di atas dibawa khas dari Putra Digest (Apr)
Comments
Post a Comment