(وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ) [Surat al-Baqarah 30] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". Tugas sebagai seorang khalifah adalah sangat besar. Kerana tanggungjawab untuk melaksanakan syariat Allah akan ditentang habis-habisan oleh musuh-musuh Islam. Namun, kita sebagai pemuda perlu berjiwa besar dalam berhadap
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, atas nikmat yang tidak terhitung yang diberikan dan terus-menerus mengalir dalam setiap langkah kehidupan kita. Seterusnya selawat dan salam keatas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, kerana dengan berbanyak berselawat inilah menjadi tanda kita kasih dan sayang kepada Baginda Nabi Muhammad SAW Sungguh tiada yang layak kita sayangi melebihi kasih sayang kepada Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah Shallalahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Berdua lebih baik daripada sendiri, bertiga lebih baik daripada berdua, berempat lebih baik daripada bertiga, maka hendaklah kalian tetap bersama berjemaah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku kecuali atas sebuah petunjuk (hidayah).” (HR. Ahmad) Berdasarkan hadis tersebut, dapat kita fahami bahawa Islam mengajarkan kepada umatnya satu konsep secara berjemaah dalam melakukan sesuatu perkara atau kerja. Hal ini memudahka
[KENYATAAN RASMI: PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Dengan berlalunya imtihan fasa 1 baru-baru ini, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group (DG) Manhaji adalah pada 10 Februari 2023. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturahim. Dan semoga juga, Allah mengurniakan keputusan yang baik untuk peperiksaan yang lalu. Amirul Amri bin Asat, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2022/2023. “Kefahaman Diungguli, Kesatuan Diteguhi” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"
Comments
Post a Comment