Kemuncaknya, Semakin Di Nanti-Nantikan..

ARWP, 17 OKT- Semakin hari semakin merasai kehangatannya. Tinggal beberapa hari lagi kemuncaknya akan tiba. Bertarikh 19 Oktober 2010 ini genaplah usianya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang telah bertapak di Bumi Anbia' ini selama 12 tahun. BKAWM merupakan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang termuda berbanding BKAN-BKAN yang lain. Satu usia yang sungguh muda tetapi muda bukan sebarang muda, BKAWM mampu untuk melakukan yang terbaik dengan sokongan semua ahli baik Perubatan mahupun Pengajian Islam ataupun senior dan junior.

12 tahun merupakan satu usia yang panjang tetapi dengan berkat kesungguhan anak-anak Wilayah Persekutuan yang belajar di sini telah berjaya mengekalkan dan mengukuhkan kesatuan yang masih bertahan sehingga kini. Pahit maung yang dihadapi oleh anak-anak Wilayah sepanjang penubuhan BKAWM telah menatijah dan membina pelapis-pelapis dan generasi-generasi baru bagi membawa nakhoda BKAWM.

Justeru itu, pihak BKAWM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan ulang tahun Kali Ke 12 sempena memperingati perjuangan abang-abang lama yang sudah bertungkus-lumus dan sedaya upaya mempertahankan dan menjaga kesatuan ini.Dengan harapan agar generasi pada masa kini akan meneruskan rantai-rantai perjuangan yang dimulakan oleh abang-abang lama untuk terus maju kehadapan dengan sinar islam.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]