PPMM Dan BKAWM Mencipta Sejarah Tersendiri





Kaherah, 10 Okt.- Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan jayanya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan program terbesar sepanjang tertubuhnya PPMM dan BKAWM di bumi Mesir iaitu Perasmian Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Majlis perasmian itu yang disempurnakan oleh Y.B. Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan juga sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beliau yang hadir bersama deligasi dari Malaysia datang di atas urusan kerja sanggup meluangkan masa untuk merasmikan asrama tersebut dan juga beramah mesra bersama pelajar Wilayah Persekutuan yang menuntut di Bumi Anbiya' ini.

Disamping itu juga, diadakan juga program Semarak Syawal bersama Y.B. Menteri dengan anak-anak Wilayah. Majlis yang di hadiri oleh kebanyakan pegawai kerajaan dan juga negeri, YDP-YDP setiap negeri dan juga tidak ketinggalan anak-anak Wilayah di Mesir. Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan cek bantuan kepada 343 pelajar dalam bentuk biasiswa dan bantuan am pelajaran.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Anan C. Mohamed dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali. Majlis berakhir dengan jamuan raya yang disediakan oleh pihak penganjur.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]