JOMLA`12 Ke Mansurah



Mansurah,16 Februari – AJKT dan AJKT HEWI BKAWM telah menziarahi ahli di Mansurah dalam Jaulah AJKT BKAWM (JOMLA`12). Jaulah ini dijalankan bagi mendekati ahli yang berada di cawangan selain memberi peluang kepada ahli untuk mengajukan sebarang cadangan,persoalan atau muhasabah kepada barisan kepimpinan sesi ini.

Barisan kepimpinan BKAWM bertolak dari Kaherah sekitar pukul 11.00 pagi dengan menaiki dua buah tremco.Setelah melepasi kesesakan lalu lintas dalam perjalanan,akhirnya mereka tiba di Mansurah sekitar pukul 3.00 petang.Ketika tiba di Mansurah,mereka mengambil kesempatan untuk menziarahi rumah ahli dari kalangan pelajar pengajian Islam dan perubatan.

Tepat jam 8.45 malam,majlis ramah mesra AJKT bersama ahli bermula di markaz Perubatan Cawangan Mansurah.Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Setiausaha Agung BKAWM,saudara Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi.Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh wakil Perubatan Cawangan Mansurah,saudara Imran,wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah,saudari Wan Liza dan wakil perwakilan mahasiswa BKAWM (PERMAS),saudara Hairiezal.

Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan taaruf AJKT dan AJKT HEWI BKAWM sesi ini,slot penerangan berkaitan permohonan bantuan am MAIWP,tayangan video,sesi soal jawab dan ucapan penggulungan oleh Yang Dipertua BKAWM,saudara Mohd Mawardi Bin Mohd Zain.Ahli yang hadir memberikan respon yang sangat baik dengan mengajukan pelbagai persoalan dan cadangan.


Sebelum majlis berakhir,BKAWM diwakili oleh Yang Dipertua BKAWM menyampaikan cenderahati kepada wakil Perubatan Cawangan Mansurah,wakil Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah dan empat orang PERMAS Mansurah.Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh wakil PERMAS.

Barisan kepimpinan BKAWM mengucapkan terima kasih atas penerimaan yang baik daripada ahli di Mansurah dan berharap agar ukhuwah yang terjalin kali akan terus erat dan diperkukuhkan pada masa akan datang.Semoga bertemu lagi dalam Wilayah Family Day (WiFi`12) pada Mac depan.

“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]