Pemenang Pertandingan 'For Islam Sacrifice Together' (FIST)

Kaherah, 14 APR - Kempen ‘For Islam Sacrifice Together’ (FIST) merupakan salah satu inisiatif daripada Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa cakna ahli BKAWM akan isu semasa yang melanda masyarakat Islam sedunia, terutamanya di Palestin, Syria dan Rohingya.

Justeru, kempen FIST baru-baru ini telah menganjurkan Pertandingan Mereka Wallpaper/Poster, Pertandingan Mencipta Sajak serta Kuiz. Ketiga-tiga pertandingan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan, terutamanya bagi ahli di sekitar Kaherah.

Pihak BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta atas keterlibatan dalam pertandingan di bawah kempen ini. Berikut merupakan senarai nama pemenang-pemenang pertandingan,

Pertandingan Mereka Wallpaper/Poster


Saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini

Pertandingan Mencipta Sajak
Saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini

Pertandingan Kuiz

Saudari Aminatul Saheera binti Che An

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga melalui penganjuran aktiviti di bawah kempen FIST akan dapat meningkatkan kecaknaan kita akan isu umat Islam sedunia.



“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]