SMILE - Galakkan Ahli 'Berjaya Bersama'


Kaherah, 13 April - Pada 11 April 2013 baru-baru ini, Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan program Straight Mumtaz In Life (SMILE) yang merupakan kesinambungan daripada Kempen Memorabilia dengan bertemakan Berjaya Bersama.

Pembukaan SMILE dimulai dengan Munajat Menuju Mumtaz iaitu slot Qiamullail serta solat subuh berjemaah. Slot ini bertujuan merealisasikan objektif kedua program SMILE iaitu menerapkan kesedaran peri pentingnya rasa bertuhan dalam mengejar kejayaan. Seterusnya adalah pengisian rohani  yang disampaikan oleh Dr Muhammad Hafiz bin Shamsuri, mahasiswa Tahun 4 Perubatan, Universiti al-Azhar dengan tajuk ‘Indahnya Takdir’.

Pada sebelah petang pula, bermula jam 3 petang hingga 6 petang telah diadakan Maktabah Day. Ianya adalah bertujuan untuk mewar-warkan mengenai penyelarasan penggunaan Perpustakaan Darul Madani yang berada di bawah kelolaan Unit Pendidikan dan Pengetahuan.

Di samping itu juga, demi memberkati lagi program SMILE, UPEP telah bekerjasama dengan Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) dengan menganjurkan solat hajat dan solat hifzi berjemaah.

Setelah itu, tibalah acara yang dinanti-nantikan iaitu slot talkshow ‘ALLAH is My Everything’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shafiq bin Sahimi. Antara mutiara yang telah beliau tekankan adalah konsep berjaya bersama iaitu secara kolektif. Ianya juga berkaitan dengan tanda kesempurnaan iman  seseorang iaitu apabila kita mencintai sahabat kita sehingga kita mahukan kejayaan pada dirinya lebih daripada yang kita kecapi. Selain itu, beliau turut memberi peringatan tentang kepentingan tawakal, yakin dan redha akan qada dan qadar yang Allah tentukan setelah berusaha.

"Semoga pengisian yang dihidangkan dapat meningkatkan motivasi kita semua untuk menempa kejayaan, terutama dalam peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi," ujar Saudara Nur Aizat selaku pengarah program.

Sebelum berakhirnya majlis, para hadirin diperdengarkan dengan kalam amanat dari Ketua Unit Pendidikan dan Pengetahuan, Saudara Muhammad Ilman bin Abdul Razak . SMILE berakhir dengan hidangan jamuan kepada semua yang hadir.

"BKAWM Keluarga Kita"
"KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]