KEMPEN RUMAHKU SYURGAKU : ' Home Sweet Home '



فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
 “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.”
[Al-Nur 24:61]

Bicara hangat di bibir penghuni Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) khususnya tentang rumah. Yang mana bakal menghuni di kediaman baru. Pasti indah bukan, peroleh sesuatu yang baru, tapi jangan lupa akan adab-adab yang diajarkan Islam. Tidak ada nas daripada al-Quran dan sunnah tentang amalan khusus atau bacaan tertentu ketika ingin berpindah rumah baru. Namun banyak adab-adab ketika hendak masuk ke rumah dan ketika menziarahi rumah yang disebutkan melalui hadith Rasulullah SAW dapat kita aplikasikan ketika melangkah masuk ke rumah baru.
Abu Malik al-Asy’ari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ada bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله
(رواه أبو داود)

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.”                                   
  (Hadis riwayat Abu Daud)


Jika rumah yang hendak dimasuki itu tidak ada orang yang berada di dalamnya, maka berilah salam ke atas diri sendiri bagi mengindari syaitan turut masuk dan bermalam di dalam rumah dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”

Terdapat beberapa perkara yang boleh diamalkan ssesuai dengan ajaran Islam serta sunnah Rasulullah SAW ketika melangkah memasuki rumah baru, antaranya :

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ke rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda :

 
                                                              لا تجعلوا بيوتكم مقابر إن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة

(رواه مسلم)
 “Jangan lah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” (Hadits riwayat Muslim)

3. Banyakkan membaca Al-Quran
Diriwayatkan daripada Anas RA ada menyebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

إن البيت الذي يقرأ فيه القرآن يكثر خيره والبيت الذي لا يقرأ فيه القرآن يقل خيره
“Sesungguhnya rumah yang dibacakan di dalamnya al-Qur 'an banyak kebaikannya,
dan rumah yang tidak dibacakan di dalamnya al-Qur'an, sedikit kebaikannya
(Mukhtarat min Fadha'il al-Qur'an Ii Ibn Katsir: 29)


4. Mendirikan solat
Selain membaca al-Qur'an dan mendirikan solat fardhu, turut dituntut untuk melakukan solat sunat, kerana rumah yang tidak didirikan solat di dalamnya adalah umpama sebuah kuburan. Ini jelas disebutkan di dalam sebuah hadits:

                               
 اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا
(
رواه مسلم)
Maksudnya: Hendaklah kamu bersembahyang di dalam rumah¬rumah kamu dan janganlah kamu jadikan ia sebagai kuburan.
 (Hadits riwayat Muslim)

**Maksud daripada perkataan "sembahyang" di dalam hadits ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi ialah sembahyang sunat.
 (Shahih Muslim, syarh aI-Imam an-Nawawi: 3/56)

5. Melazimi zikrullah
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Maksudnya: Perumpamaan rumah yang di dalamnya ada zikrullah, dan rumah yang tidak ada zikrullah di dalamnya adalah umpama antara yang hidup dengan yang mati.                                          

 (Riwayat Muslim)

AI-Imam aI-'Allamah as-Sayyid asy-Syarif Muhammad bin Ali Khird dalam kitabnya*
ada menyatakan amalan ketika mendiami rumah baru, dibaca tiga hari berturut-turut pagi dan petang. Mudah-mudahan rumah itu diberkati, aman dan keluar daripada rumah itu setiap makhIuk derhaka daripada kalangan jin. Bacaan yang dimaksudkan:

1. Membaca al-Fatihah (3x)
2. Membaca ayat, dari surah al-Mukminun (28-29)

3. Membaca doa

* kitab aI- Wasa'il asy-Syafi'ah fi al-Adzkar an-Nafi'ah wa al-awrad aI-Jami'ah wa ats- Tsyimar aI- Yani'ah wa al-Hijb al-Harizah al-Mani'ah 'an an-Nabiy Shallallahu 'AIaihi wa Sallam fi al-Adzkar wa aI-ar'iyah Ii al-Asbab aI-Waqi'ah

Amalan yang kita bawakan ini hanyalah sebagai irsyad, mudah-mudahan ada berkatnya. Selamat beramal !

Sarang siapa di pohon delima,
Lebah madu terbang bergema,
Andai rebah rumah yang lama,
Rumah baru binalah bersama.

Andai andika pergi berburu,
Kutipkan delima di pintu gua,
Ramai suka si rumah baru,
Rumah yang lama dikenang jua.


" Kediaman Islamik, Ukhuwah Dinamik "
" Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal


Disediakan oleh:
Unit Perumahan dan Rehlah,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]