[KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI]
KELANGSUNGAN PROGRAM BERSAMA BADAN KEBAJIKAN ANAK
NEGERI
11 Ogos 2017(Jumaat). Perjumpaan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak
Negeri telah diadakan bertempat di Asrama Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang
Hayyu Sabiek Kaherah. Perbincangan yang
telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah selaku Yang Dipertua
Badan Kebajikan Pelajar Johor Di Mesir (BKPJM)
adalah bertujuan menyelaraskan
beberapa program mega secara
bersama.
Perbincangan ini bagi menekankan berkenaan kelangsungan kebersamaan
Badan Kebajikan Anak Negeri dalam membawa
kebajikan kepada ahli disamping memperkukuhkan ukhuwah diantara
mahasiswa/wi sebagaimana yang telah di bawa dalam resolusi Kongres Badan
Kebajikan Anak Negeri yang lepas.
Sebagaimana program-program yang telah dilaksanakan sebelum ini,
peringkat yang Dipertua telah bersetuju untuk melaksanakan beberapa program
sama ada melibatkan semua negeri atau beberapa negeri sahaja. Ia adalah
mengikut kepada kesesuaian dan manfaat yang boleh diberikan kepada ahli.
Segala makluman berkenaan dengan program-program tersebut akan dimaklumkan melalui media rasmi Badan
Kebajikan Anak Negeri.
Semoga kerjasama yang dijalinkan ini akan memberi manfaat kepada semua
ahli dalam memahami makna sebenar
kesatuan dan meletakkan semangat ukhuwah islamiah dalam setiap
pelaksanaan gerak kerja.
"MENJULANG THAQAFAH, MELESTARIKAN KESATUAN"
"BKAWM KELUARGA KITA"
"BERSAMA BERSATU"
Kehadiran,
YDP KPT
( AMIR SYAHIR BIN ABDULL AZIZ )
YDP KPIPM
( KHAIRUL NAIM BIN ABD RAZAK )
YDP KPKM
( ABDUL KARIM BIN MAKHTAR )
YDP BKASM
( MUHAMAD NAZIF BIN SHAARI )
YDP BKMIP
( SYED MUHAMMAD HAZIMUDDIN BIN SEYD HAMID )
YDP BKPJM
( MUHAMMAD ARIF BIN HAMZAH )
YDP BKKIMM
( MUHAMMAD ANUAR BIN ABDULLAH )
YDP KPP
( MUHAMMAD YUSUF BIN MARZUKI )
YDP BKPPPM
( AHMAD FARIZ BIN MOHD ZAINI )
YDP BKAWM
( ABDUL WAFI BIN ALIAS )
TIDAK HADIR,
YDP MKKK
( MUHAMMAD SYAZWAN FAIZ BIN SHAHROM )
Comments
Post a Comment