[ BERITA : JAULAH SOIFIAH MATRUH SIWA 2019 (SOIFY ’19) ]



KAHERAH & MATRUH, 19 dan 20 OKTOBER 2019 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah mengadakan Jaulah Soifiah Matruh Siwa 2019 (SOIFY ’19) selama 4 hari. Pada hari pertama telah mengadakan taklimat tentatif program beserta solat sunat musafir bertempat di Asrama Baru Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 47 para peserta.

Antara objektif SOIFY ’19 ialah yang pertama niat kerana Allah SWT, mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan Mesir, meluaskan thaqafah ahli tentang sejarah di Mesir dan membuka minda ahli dengan menghayati keindahan alam semesta.



   Pada hari tersebut, bertolak perjalanan ke Matruh selepas solat Subuh berjemaah. Tibanya di Matruh, aktiviti seterusnya melawat Hamam Cleopatra. Selain itu, mereka bergerak ke Pantai Putih yang berlangsungnya majlis perasmian yang dirasmikan oleh Muhammad Aiman Bin Md Rashid Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019, sukaneka, solat jama’ berjemaah dan makan tengahari. Selepas itu, mereka bergerak ke hotel untuk beristirehat dan menyambung aktiviti di Siwa pada kemudian hari.




SIWA, 21 OKTOBER 2019 - Aktiviti diteruskan dengan Tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Muhammad Fikri Bin Zaradi lalu diteruskan menuju ke Tasik Garam, Jabal Mauta dan Ain Cleopatra. Kemudian bergerak ke Kota Lama Siwa dan solat jama’ berjemaah serta makan tengahari di Palm Trees Hotel. Aktiviti berikutnya, diteruskan dengan Aktiviti Safari iaitu Jeep Tour, padang pasir, Oasis, kolam air sejuk dan sandboarding. Setelah aktiviti semua telah dijalankan mereka bergerak ke Matruh untuk aktiviti yang terakhir.




MATRUH, 22 OKTOBER 2019 - Program Jaulah SOIFY ’19 diakhiri dengan bergambar di Pantai Nakhil bersama para peserta sebelum bertolak pulang ke Kaherah pada hari yang sama.


   Akhir sekali,dengan penuh pengharapan agar program yang dijalankan dapat menambah ilmu pengetahuan serta ukhuwah sesama ahli dapat diperkukuhkan untuk melahirkan umat yang terbilang sesama ahli anak Wilayah Persekutuan Mesir.

“Bumi Diteroka, Ukhuwah Diperkasa”

“Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Disediakan oleh :
MUHAMMAD HAFIY BIN HAMDAN,
Setiausaha,
Jaulah Soifiah Matruh Siwa 2019 (SOIFY '19)
BKAWM sesi 2018/2019

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]