[ TINTA SISWA: KERUNTUHAN IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA ]

[ TINTA SISWA: KERUNTUHAN IDEOLOGI CIPTAAN MANUSIA ]

Firman Allah SWT:

(صِبۡغَةَ ٱللَّهِ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةࣰۖ وَنَحۡنُ لَهُۥ عَـٰبِدُونَ)

Maksudnya: "(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: "Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepada-Nyalah kami beribadat." 

[Surah al-Baqarah: Ayat 138]

Manusia menyangka bahawa mereka mampu menjalani kehidupan seharian tanpa petunjuk dan panduan daripada Allah. Hidup mereka hanya dipandu dengan akal fikiran dan nafsu semata-mata.

Mereka meninggalkan panduan Allah dan mula mencipta ideologi-ideologi ciptaan sendiri. Maka muncullah ideologi seperti Sekularisme, Nasionalisme, Kapitalisme, Komunisme dan banyak lagi.

Di sini terdapat beberapa ideologi yang sempat saya kongsikan kepada semua secara ringkas:

1) Sekularisme
- Ideologi ini muncul disebabkan perbalahan antara golongan sains dan paderi-paderi di gereja. Perbalahan berakhir dengan melahirkan suatu fahaman yang membawa ajaran supaya memisahkan agama dengan duniawi.

2) Nasionalisme
- Ideologi yang menjadikan ikatan bangsa, keturunan, bahasa atau kawasan sebagai matlamat perjuangan. Ia tidak mengira batas-batas keadilan dalam Islam dan meninggalkan Islam sebagai matlamat perjuangan.

3) Liberalisme
- Penganut ideologi ini akan memperjuangkan kebebasan tanpa batasan.

Ideologi ini dicipta dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. Hakikatnya ideologi ini menghancurkan mereka.

Lihatlah Soviot Union yang gah suatu ketika dahulu juga runtuh dan hilang ditelan zaman. Banyak juga negara yang bertukar-tukar ideologi kerana merasakan ideologi tersebut tidak mampu menyelesaikan masalah mereka.

Kembalilah kepada acuan yang Allah tetapkan melalui agama Islam. Agama yang menyeluruh sehinggakan kalimah arab (ad-Din) itu tidak mampu diterjemah kepada "religion" kerana (ad-Din) iaitu Islam sangat luas dan jauh bezanya berbanding ideologi lain.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD FIKRI BIN ZARADI
Ketua Unit Research and Development,
Lajnah Perancang BKAWM sesi 2021

"Memperkukuh Keilmuan, Memperkasakan Kebajikan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]