[PENGUMUMAN: Pengarah SPR BKAWM 2015 Telah Dilantik ]


Assalamualaikum W.B.T.
 
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
 
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya 2015 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  bagi sesi 2015/2016.

Oleh itu, peringkat BKAWM telah melantik Saudara Muhamad Hafiz Naim bin Raduan sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya 2015 dan Saudari Siti Hajar binti Abdullah sebagai Timbalan Pengarah bagi mengetuai pemilihan tersebut.  
Kenyataan Rasmi Pengarah akan dikeluarkan bagi memaklumkan perjalanan Suruhanjaya Pilihan Raya 2015.
 
Untuk mengetahui tentang perjalanan SPR BKAWM pada kali ini, sila layari Laman Facebook Rasmi BKAWM iaitu https://www.facebook.com/jendelabkawm, Jendela Bkawm dan Blog Rasmi iaitu bkawm2u.blogspot.com.

 
 
Sekian terima kasih.

Abdul Basit bin Abdullah
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir


'BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]