Kenyataan pimpinan : Makluman Penubuhan Badan Perencana Usul (BPU)



Segala puji bagi Allah S.W.T atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambanya, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi SAW yang begitu banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada umat yang baginda kasihi.

               Tamat sudah Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16 (MAT-16) pada 18 dan 19 Oktober 2014 lepas. Setiap Mesyuarat Agung Tahunan pasti membincangkan perkara berkenaan usul yang dicadang dan diberi pandangan oleh ahli BKAWM untuk kepentingan bersama. Usul juga merupakan asas dalam pembawaan BKAWM dan menjadi tanggungjawab buat pimpinan dan ahli dalam menjayakan usul tersebut. Rentetan daripada  Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16, terdapat dua usul yang telah disepakati untuk di jayakan pada sesi 2014/2015 iaitu:


1) Mempertahankan hak zakat anak Wilayah Persekutuan di Mesir khususnya melalui  tindakan:

1)      Menggesa pengembalian semula hak permohonan biasiswa buat mahasiswa tahun dua ke  atas dan pengenalan bantuan yang berkaitan.
2)       Mempertahankan hak anak Wilayah Persekutuan untuk menetap di ARWP dan    memanfaatkannya menerusi BKAWM.

2) Pimpinan dan ahli bersama-sama memelihara kesatuan BKAWM dengan tindakan:

               1)    Menolak anasir-anasir yang menggugat kesatuan BKAWM
               2)    Mempertahankan BKAWM sebagai organisai yang berperanan menjaga kebajikan                               anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir.

               Bagi menjayakan usul tersebut, Lajnah Perancang BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah jawatankuasa yang diberi nama Badan Perencana Usul (BPU) yang bertujuan untuk menghasilkan pelan rangka tindakan bagi memastikan usul-usul yang disepakati dapat dijayakan. Badan ini akan dianggotai oleh Lembaga Penasihat , Jabatan Yang Dipertua, Lajnah Perancang, beberapa Ahli Jawatankuasa Tadbir  dan HEWI serta ahli BKAWM yang difikirkan apabila perlu.

               Justeru itu, Lajnah Perancang BKAWM berharap dengan tertubuhnya badan ini dapat membantu untuk memastikan keberjayaan usul yang telah disepakati bersama di dalam MAT  16. Perkara ini perlu diambil perhatian bagi melihat bebanan ahli yang mempunyai masalah kewangan khususnya mahasiswa dan mahasiswi di Mesir dapat dikurangkan sekaligus mengukuhkan BKAWM selaku medium kebajikan buat anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Bukanlah pimpinan sahaja yang perlu mengerah keringat bagi menjayakan usul ini bahkan seluruh ahli perlu memainkan peranan yang sama bagi merealisaikan hasrat murni ini.

Terus menjayakan usul BKAWM untuk kepentingan bersama!

“BKAWM Keluarga Kita”
“ Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Yang benar,
Ahmad Faris bin Mazlan,
Timbalan Yang Dipertua (Ketua Lajnah Perancang),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]