[ RISALAH BIAH SOLEHAH: SEJARAH SEBAGAI BUKTI KEBENARAN ]
Sejarah Sebagai Bukti Kebenaran Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Sejarah merupakan penyelidikan terhadap peristiwa yang telah berlaku atau pada masa lampau. Segala peristiwa yang direkod oleh para sejarawan dianggap sejarah. Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sejarah didefinisikan sebagai sastera lama, asal-usul, riwayat, salasilah dan peristiwa yang benar-benar berlaku pada zaman lampau. Tokoh sejarah Islam, Ibnu Khaldun (1332-1406M) mengikut keutamaan dalam penulisan sejarah beliau. Beliau telah menjadikan ibrah sebagai kata kunci utama dalam penulisannya. Beliau tidak melihat kepada aspek zahir atau penceritaan kisah-kisah dan peristiwa semata-mata, tetapi turut melihat kepada aspek makna tersirat sejarah itu. Al-Quran sememangnya amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa perlunya mengambil pengajaran daripada kisah-kisah yang terdapat ...