Posts

[ BERITA: HARI ANUGERAH PRESTASI DAN AKADEMIK 2019 (PRESTIGE '19) ]

Image
KAHERAH, 23 OKTOBER 2019- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan suatu program yang dinamakan Hari Anugerah Prestasi dan Akademik 2019 (PRESTIGE ’19) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada anak Wilayah Persekutuan yang berjaya dan cemerlang dalam akademik daripada semua bidang pengajian sama ada pengajian islam mahupun perubatan. Dalam masa yang sama, ianya untuk memberi penghargaan kepada ahli yang komited dengan BKAWM. PRESTIGE ’19 telah dimulakan dengan penyampaian tausiah daripada Sheikh Habibullah Hassan Ahmad, Pensyarah Aqidah dan Falsafah, Universiti Al- Azhar. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir. Majlis diserikan dengan kalam perasmian yang disampaikan oleh Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan...

[ BERITA: MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-21 (MAT-21) ]

Image
KAHERAH, 19 & 20 Oktober 2019 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-21 (MAT-21) BKAWM berlangsung di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.   Antara objektif penting MAT-21 BKAWM ialah menyediakan medium bagi ahli melontarkan pandangan dan muhasabah serta memberi kefahaman kepada ahli berkenaan syura. Bertepatan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 159, mafhumnya: “Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu (peperangan & hal duniawi), kemudian apabila engkau membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakkal.”   Program MAT-21 BKAWM membuka tirainya pada 10 Oktober 2019 dengan Forum Ambang MAT  yang disampaikan oleh saudara Muhammad Aimi Akmal bin Zaini, Fasilitator Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Muhamad Hafizuddin bin Mat Nasir, Mantan Yang Dipertua BKPPPM dengan tajuk “Konsep Syura dalam Islam”. Penyampaian hadiah kepada pengisi telah disempurnakan oleh Encik ...

[ KENYATAAN YANG DIPERTUA BKAWM : MAKLUMAN PENGGANTIAN JAWATANKUASA TADBIR BKAWM SESI 2019/2020 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang daripada AJKT BKAWM sesi 2019/2020 iaitu saudara Muhammad Aizul Farzan bin Abdul Rahman telah memohon untuk meletakkan jawatan sebagai AJKT BKAWM bagi sesi ini oleh kerana beliau tidak lagi menyambung pengajian di Mesir. Sehubungan dengan itu, pihak AJKT BKAWM telah mengambil keputusan untuk melantik seorang daripada ahli BKAWM bagi menggantikan posisi yang kosong tersebut. Berdasarkan perkara yang telah diperuntukan di dalam Perlembagaan BKAWM pada Fasal 16: Pentadbiran ceraian yang kelima (5) yang berbunyi: “Sekiranya seseorang AJK Tadbir tidak lagi menjawat jawatan itu sama ada dengan sebab meninggal dunia atau ia meminta berhenti atau diberhentikan atau dengan apa-apa jua sebab yang menjadi halangan daripada menjawat jawatan tersebut, maka AJK Tadbir berhak memilih dan melantik mana-mana ahli BKAWM untuk mengisi kekosongan dengan tidak melalui Mesyuarat Agu...

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2019/2020 ]

Image
KAHERAH, 22 Oktober 2019 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2019/2020 bertempat di Kafe Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.  Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020.  Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) diikuti dengan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP). Seterusnya Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA) merangkap Unit Ekonomi (UE), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Seterusnya, beralih kepada Yang Dipertua (YDP) dan Pena...

[ KALAM PIMPINAN: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN MAHASISWA ]

Image
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang memiliki segala sifat kemulian dan kebesaran. Selawat dan salam kasihnya ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad ï·º, para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga Baginda sekaliannya. Kita telusuri kembali kisah para nabi terdahulu, pada peringkat awal sebelum kedatangan Islam. Para nabi dan orang-orang soleh bergiat menjalankan aktiviti dakwah dan kebanyakan daripada ahlinya datang daripada golongan yang muda untuk menyebarkan agama Allah. Oleh itu, bersesuaian dengan ayat Allah yang telah dirakamkan dalam Surah al-Kahfi, ayat 10-13 yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa:”Ya Tuhan kami! berikanlah kami rahmat dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami. “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) kisah mereka dengan sebenar-benarnya. Sesunggu...

[ KALAM PIMPINAN: MENGAPA KITA PERLU BERJAYA? ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم                                                                                               Assalamualaikum w.b.t Firman Allah SWT: الْÙŠَÙˆْÙ…َ Ø£َÙƒْÙ…َÙ„ْتُ Ù„َÙƒُÙ…ْ دِينَÙƒُÙ…ْ ÙˆَØ£َتْÙ…َÙ…ْتُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù†ِعْÙ…َتِÙŠ Ùˆَرَضِيتُ Ù„َÙƒُÙ…ُ الْØ¥ِسْÙ„َامَ دِينًا ۚ Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. (al-Maidah : ayat 3) Para ulama’ tafsir telah memperakui dan meriwayatkan bahawa penurunan ayat ini kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yang lain telah menambahkan kebencian puak-puak Yahudi kepada agama Islam.Mereka jangka bahawa kesempurnaan agama Islam diterima oleh mereka namun sikap dan perangai mereka terhadap para utusan...

[ KALAM PIMPINAN: WASIAT LUQMANUL HAKIM ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Luqman al-Hakim ialah orang yang disebutkan dalam al-Quran; surah Luqman. Beliau sangat terkenal kerana nasihat-nasihatnya terhadap anaknya. Dikisahkan dalam satu riwayat bahawa Luqman al-Hakim telah memasuki satu pasar dengan menunggangi seekor keldai, sedangkan anaknya mengekori dari arah belakang. Melihat tingkah laku itu, orang berkata "Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa sedangkan anaknya dibiar berjalan kaki". Setelah mendengarkan desas-desus daripada mereka, lalu Luqman turun daripada keldai dan meletakkan anaknya di atas keldai tersebut. Melihat situasi yang kedua, lalu orang tersebut berkata "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya di atas keldai itu, sungguh kurang ajar anak itu". Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun naik ke punggung keldai itu bersama anaknya. Kemudian orang berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor keldai, mereka sungguh menyeksa keldai itu". Luqman dan ...