Lagi Kemalangan, Kali ini Menimpa Pula Exco BKAWM

Kaherah, H7. 19 Mei ; Malang tidak berbau, sejak kebelakangan ini, kita sering digemparkan dengan kejadian-kejadian kemalangan yang membabitkan pelajar Malaysia dan warga Mesir, ada yang parah teruk dan ada yang meninggal dunia atas taqdir penentu.


Hari ini 19 Mei, telah berlaku dua kes kemalangan yang mengerikan, pada tengahari tadi, telah berlaku kemalangan yang membabitkan mahasiswi Qiraat di Mansoura. Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata ketika mereka melintas jalan, berita penuh kejadian di sini.

Tidak sampai 24 Jam, pada sebelah petang pula, kira-kira jam 06:15 petang, kemalangan yang membabitkan motosikal yang ditunggang pelajar dan kereta seorang warga Mesir itu berlaku ke atas exco perumahan, kesenian dan sukan (UPKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir (BKAWM), Sdr. Muhammad Adlly Muhd bukhori dan pembonceng Sdr.Mohd Hisyam Zakaria merupakan ketua ahli Lembaga Penasihat BKAWM sesi ini. Kejadian tersebut berlaku di
simpang empat Villa atau lebih dikenali dengan cabang empat Masjid Musa.

Hisyam yang ditemani Adlly sedang melakukan proses pentauzikan Suara Kampus edisi gabungan Taakhi yang mana ketika itu mereka dalam perjalanan ke rumah Johor Rab'ah bagi tujuan menghantar Suara Kampus tersebut. Sdr. Hisyam merupakan Urusetia di bahagian pemasaran S.Kampus tersebut telah mengalami jahitan di dagu, bahagian atas bibir, di belakang dan di bahu kiri. Manakala Sdr.Adlly mengalami kecederaan dibahagian tangan kiri.

Menurut laporan, kejadian berlaku bila mana mereka ingin mengelak dari sebuah kereta yang cuba untuk melintas di simpang tersebut. Mereka terus dikerjarkan ke Klinik Taisir H7 yang ditemani Badan Pengurus PMRAM Ustaz Mohd Farkhan Md Zain (Lajnah Kebajikan) dan Presiden PMRAM ,Ustaz Mohd Shahrizan Hazimie. Turut kelihatan BP yang hadir, Ustaz Zuhaili Saiman (Timb.Presiden), Ustaz Azlan Alias (Lajnah Muhafazah), Ustaz Solehuddin dan Ustaz Hidayat.

Mangsa selepas itu ditemani Timbalan YDP BKAWM ustaz Faiz Mat Zaid, Timb. Lajnah Kebajikan BKAWM Ustaz Mohd Roslizan Yusof dan ahli lembaga penasihat BKAWM yang turut hadir dibawa pula ke Hospital Rab'ah bagi pemeriksaan lanjut.




(antara BP yang hadir mengiringi mangsa)


(Sdr Hisyam (kiri), Sdr Adlly (tengah) dan
Ustaz Roslizan Timb. Lajnah Kebajikan BKAWM
)


(antara barisan penasihat yang menemani mangsa)

Comments

  1. InsyaAllah. Kita doakan semoga mereka tabah menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  2. menyambung kalimat komen dr yg d atas..
    "dan slalu ingat Yang Maha Kuasa agar d tunjukkan jln yg lurus,amin"

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]