BKAWM Kehilangan Lagi ‘Permatanya’….
KAHERAH -28 Dis : Seorang lagi ‘Mutiara Berharga’ BKAWM telah meninggalkan Perlembahan Nil, pulang ke tanah air dengan penerbangan Egypt Air setelah genap empat tahun tidak pernah melihat keluarga dan sanak saudara di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan adalah Saudari Nur Hazirah Bt Azizan, graduan mahasiswi islam Al-Azhar, jurusan Syariah Islamiah Mansurah itu antara ahli BKAWM yang telah banyak menabur bakti selama permukinan beliau di Ardul Kinanah ini.
Penglibatan beliau dalam persatuan sepanjang di Mesir antaranya menyandang jawatan sebagai Setiausaha Hewi merangkap Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa Arab BKAWM sesi 2008/2009, kemudian dilantik sebagai Timbalan Naib Pengerusi Hewi merangkap Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2009/2010. Juga pernah menjadi Timbalan Pengarah bagi program FIESTA, Mesyuarat Agung Tahunan & Haflah Najihin dan EWAH `10. Beliau juga bergiat aktif sebagai AJK Mini Pavilion PMRAM.
Antara kata-kata terakhir beliau yang sempat dirakamkan “ Ingin saya ingatkan seperti kalam-kalam orang terdahulu bahawa kita semua bukan hanya menyambung kesinambungan BKAWM ini kerana Badan Kebajikan bagi mahasiwa/wi islam di Mesir, tetapi untuk menghidupkan biah solehah semasa berada di Mesir dan terus beristiqomah ketika di Malaysia kelak.”
Beliau juga berpesan agar banyak bersabar dalam menempuh liku-liku kehidupan sebagai mahsiswa/wi islam di Mesir, mengisi masa yang lapang dengan sebaiknya supaya tidak dihabiskan dengan perkara-perkara yang leka lagi melalaikan. Pada pandangan beliau, mahasiswa/wi islam pengajian islam mahupun perubatan harus bermasyarakat kerana itu adalah salah satu saluran untuk berdakwah dan berukhuwwah dengan pelbagai golongan manusia. Ia secara tidak langsung mengajar kita untuk mengenali dan menerima semua jenis lapisan masyarakat yang berbeza perwatakan apabila kita berada di Malaysia nanti.
“ Jaga BKAWM bukan kerana BKAWM, tapi kerana islam yang ada di sebalik pembawakan BKAWM itu sendiri. Selamat berjuang buat saf kepimpinan BKAWM sesi 2010/2011 khususnya dan ahli-ahli BKAWM umumnya, semoga ukhuwwah kita kekal selamanya.” Begitulah pengakhiran perbualan beliau sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Kaherah.
Bagi BKAWM sendiri moga pemergian mereka tidak mematahkan semangat kita yang masih panjang lagi perjalanan di bumi Mesir ini, bahkan mengambilnya sebagai satu kekuatan untuk terus berjuang mara kehadapan.
Comments
Post a Comment