The Way To Success - M 2 M



KAHERAH, 9 DIS - Kerjasama Unit Pendidikan Dan Pengetahuan (UPEP) dan Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan program Motivasi Munajat To Mumtaz (M2M) dan diselitkan dengan forum yang bertajuk "THE WAY TO SUCCESS" sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Forum yang dipengerusikan oleh Saudara Mohd Bazli bin Zakaria dan dihadiri dengan tiga panel yang hebat iaitu Saudara Hairul Nizam bin Mat Husain (Mantan Presiden dan Penasihat PMRAM), Saudara Mohd Adlan bin Mokhtaruddin (Naib Presiden 1 PMRAM) dan Saudara Ahmad Ibrahim bin Ahmad Yahaya (Biro Akademik PERUBATAN).

Pelbagai soalan yang telah diajukan kepada ketiga-tiga ahli panel yang berkisarkan tentang aspek kecemerlangan dalam kaca mata kerohanian islam, pengurusan emosi dan kebijaksanaan dalam pembelajaran ketika berpersatuan. Setiap ahli panel mengupas dan menjawab soalan dengan baik dan menarik beserta cerita-cerita yang manfaat dan ayat-ayat Al-quran yang bersangkut paut dengan soalan sebagai tarikan untuk pendengar.

"Ingatlah kawan-kawan, kita belajar, berdoa, solat dan amalan yang baik, itu semua adalah suruhan daripada ALLAH S.W.T.", ujar Saudara Hairul. Saudara Adlan mengatakan " Berpersatuan atau melakukan kerja-kerja islam akan mengajar kita menguruskan masa yang baik, berhadapan dengan masyarakat dan menguruskan emosi dengan baik", ulas Saudara Adlan. "Antara tips-tips yang berkesan dalam pembelajaran ialah dengan mengamalkan cara PCR iaitu Preview, Concentrate, Review," bilang Saudara Ahmad Ibrahim.

Forum tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penghuni ARWP dan juga rumah sewa. Turut hadir Badan Pengurus Angkat BKAWM, Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi. Forum berakhir dengan jamuan makan malam yang disediakan oleh pihak penganjur.







Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]