Mengapa Perlu Kita Berjaya? - Naib Pengerusi Hewi 1


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh …

Segala pujian dan kesyukuran kehadrat yang Maha Agung atas segala limpahan rahmat serta kasih sayangNYA,Selawat serta salam penuh kerinduan buat Sayyidatul Mustafa Salallahua’laihi wasalam, ahlul bait, para sahabat dan seluruh teman seperjuangan yang dikasihi fillah.

Bersempena dengan Ma’al Hijrah pada tahun ini, pastinya semua mahasiswa dan mahasiswi mempunyai azam yang baru dan mahu yang terbaik ,tidak dapat tidak kejayaan ialah suatu anugerah yang sangat berharga untuk setiap individu, tidak kiralah siapa pun pastinya mahu pada kejayaan.

Mengapa kita perlu Berjaya? adakah semata-mata mahu dapat sijil, atau mahu mendapatkan pekerjaan yang bagus ataupun semata-mata mahu masyhur dikalangan masyarakat, apapun niat kalian pastinya kita semua perlu tahu mengapa kita perlu berjaya.

Kejayaan yang hakiki ialah kejayaan di dunia dan di akhirat, kita semua perlu berjaya kerana Ibadah, IBADAH yang hanya kerana ALLAH SWT, iaitu Ibadah yang dimaksudkan dengan wujudnya tujuan dan makna sebenar erti kehidupan ,dengan semata-mata mahu mengharapkan keredhaan ALLAH SWT. Kehidupan yang berlandaskan dengan hakikat kita selaku UBUDIAH(hamba) dimana terkandung dalam kategori menjaga hukum-hakam syariat dan redha dengan qada’ dan qadar.

ILMU juga sangat penting dalam kehidupan kita, tanpa Ilmu pastinya seseorang tiada arah tujuan, seperti mana dalam Kitab (Ayyuhal Walad)Wahai Anakku yang Tercinta, Nasihat dari Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya bahawa ILMU itu tidak bermanfaat kecuali bila sudah diamalkan, dalam nasihatnya…Janganlah engkau jadi orang muflis pada amalnya dan janganlah engkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata Ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak…seperti mana ALLAH ta’ala berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 110:

فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملا صلحا

Maksudnya: Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu Tuhannya Maka hendaklah ia beramal akan beramal soleh


Dalam Sejarah Islam, terdapat Contoh Ulama’yang kita kagumi hingga kini iaitu Imam Al-Syafie, dimana seorang Ulama’ yang mahir dalam pelbagai Ilmu, juga seorang yang menghafaz Al-Quran dan Hadis diusia muda, kegigihan dan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu perlu kita semua contohi dan mengambil sebagai Qudwah untuk kita teladani dalam kehidupan kita selaku mahasiswa-mahasiswi islam.

Justeru sebagai mahasiwa dan mahasiswi islam, kita perlu membina kecemerlangan dengan beberapa tindakan atau perlaksanaan antaranya:-

i. Bergantung harapan tinggi kepada ALLAH, setelah berusaha dan mempersiapkan diri dengan Ilmu.
ii. Sentiasa berfikiran positif dan membina sifat keyakinan diri.
iii. Mengenal pasti kelemahan atau kemahiran diri dalam mengulangkaji pelajaran.
iv. Jauhkan sifat tertekan serta kawal emosi.
v. Hubungan dengan ALLAH dan sesama manusia.

Mutakhir ini, kita selaku mahasiswa-mahasiswi islam perlu mempersiapkan diri dengan kelengkapan yang sebaiknya disetiap sektor dan sudut yang memerlukan kita selaku penuntut ilmu, antara persediaan yang perlu dilakukan ialah dari sudut thaqafah serta kefahaman ilmu Islam secara mendalam.

Di kesempatan ini saya mewakili Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) mengucapkan Selamat Berjaya dalam peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi, semoga kita semua dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan yang diredhai olehNYA, sama-sama kita panjatkan doa kepada ALLAH SWT dan juga memohon kemaafan diatas segala hak-hak yang tidak tertunai selama taklifan amanah ini.

Mengakhiri kalam ini, saya mengajak sahabat-sahabat agar kita sama-sama bermuhasabah diri untuk menilai sejauh mana usaha dan kemampuan yang telah kita curahkan pada ilmu, Sesungguhnya Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah.

Akhirnya Salam Mahabbah buat semua ,teruskan perjuangan dibumi anbiya’ ini dan kutiplah sebanyak mana yang mungkin mutiara-mutiara Ilmu yang terdapat di Perlembahan Nil ini.

Buat Teman Seperjuangan..
Biar kepahitan itu pergi agar kemanisan mengisi,
Biar kekecewaan berlalu agar kegembiraan mewarnai,
Biar kegelisahan lenyap..
Jangan Kita HILANG SEMANGAT


SALAM MOTIVASI untuk semua….

Haizun Hasni Mohamad Azmi
Naib Pengerusi,
Hal Ehwal Wanita Islam,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir 20010/2011

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]