Tarikh Pembukaan Pencalonan BP Dan HEWI PMRAM 2011


Suruhanjaya Pilihanraya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2010 (SPR PMRAM 2010) hari ini mengumumkan bahawa, tarikh pembukaan pencalonan bagi memilih Badan Pengurus PMRAM (BP PMRAM) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM (AJKT HEWI PMRAM) bagi sesi pentabiran 2011, adalah pada 20 Disember 2010 sehingga 23 Disember 2010, bersamaan dengan hari Isnin sehingga Khamis, 14 Muharram 1432H hingga 17 Muharram 1432H.

Pencalonan dibuka kepada seluruh ahli PMRAM yang berada di setiap cawangan, tidak kira mahasiswa Pengajian Islam mahupun Perubatan. Tarikh tersebut telah dipersetujui oleh SPR PMRAM yang telah menetapkan di dalam perbincangan mesyuarat.

Segala urusan pencalonan boleh dibuat sepanjang tarikh tersebut. Borang pencalonan boleh didapati di Tingkat 5, Bilik Gerakan SPR PMRAM, Rumah Kelantan Baru, Hayyu Sabiek, bagi pencalonan BP PMRAM, manakala HEWI, borang boleh didapati di Bilik Gerakan SPR HEWI PMRAM, Rumah Pulau Pinang, Hayyu Sabiek, Kaherah. Setiap borang pencalonan yang hendak dihantar, perlu menghantar dari terikh permulaan pembukaan pencalonan sehingga pada tarikh akhir pencalonan selewat-lewatnya pada jam 4 petang.

Waktu urusan bilik gerakan SPR bermula pada jam 3 petang hingga 5 petang bermula daripada 20 Disember sehingga tarikh tutup pencalonan. Untuk maklumat lanjut, boleh terus menghubungi Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz, di talian +20119893830 atau Timbalan Pengarah SPR PMRAM 2010, Saudari Hanisah binti Muslim, di talian +20113713628, ataupun melalui blog rasmi SPR PMRAM, http://spr-pmram.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]