Terima Kasih MAIWP - YDP BKAWM


ARWP, 21 JULAI - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang mewakili keseluruhan anak Wilayah di Mesir mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di atas sumbangan yang telah diberikan kepada persatuan ini.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Y.B Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Haji Baharom (B) yang juga merangkap pengerusi MAIWP ketika Majlis Rmah Mesra 2011 Bersama YB Menteri di sini.



Beliau yang hadir di sini untuk menemui pelajar-pelajar Wilayah yang belajar di Mesir untuk merapatkan hubungan antara dua pihak.

YDP BKAWM, Saudara Mohammad Adlly ketika ditemui berkata," Kami (persatuan) mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada YB kerana sudi bertemu dengan semua anak Wilayah di sini dan memberi sumbangan kepada BKAWM untuk tujuan program-program anak-anak Wilayah di Mesir ".



Ujar beliau lagi," Kami mengharapkan agar kunjungan YB kali ini bukan setakat ini, bahkan akan berterusan pada masa akan datang untuk bertemu anak-anak Wilayah di Mesir," mahasiswa tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, Al-Azhar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP, Dr Muhammad Yamin Bin Ismail, En Fauzi Bin Abidin Ketua Pengurusan Perkhidmatan, TYT Duta, Pegawai-Pegawai Kedutaan, EM dan Negeri.



Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]