KENALI TABUNG KEBAJIKAN


KENALI TABUNG KEBAJIKAN


0.1 Apa itu Tabung Kebajikan?

a. Membantu ahli yang bermasalah dalam aspek kewangan dan tidak mendapat zakat Wilayah Persekutuan.

b. Menanam dan menyemai sikap ithar dalam kalangan ahli BKAWM.

c. Melahirkan ahli BKAWM yang bersikap pemurah dan suka membantu.

d. Memupuk rasa tanggungjawab terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara seaqidah.

e. Sebagai medium rasmi penyebaran dakwah Islamiah dalam kalangan ahli BKAWM.

0.2 Fungsi Tabung Kebajikan?

a. Menghulurkan sumbangan segera dalam kes-kes kecemasan berdasarkan ketetapan yang telah diputuskan oleh Ahli Lembaga Amanah Tabung Kebajikan BKAWM.

b. Membantu ahli yang tidak mendapat tajaan atau bantuan zakat MAIWP.

c. Membantu memberi sumbangan dan pinjaman kepada ahli yang menghadapi masalah kewangan.

d. Mencari peluang menambahkan kewangan tabung.


0.3 Bagaimana bentuk pelaksanaanya pada tahun 2010/2011?

Usaha-usaha bagi pelaksanaan usul Tabung Kebajikan digiatkan oleh Lajnah Kebajikan BKAWM. Lajnah kebajikan merupakan lajnah yang dipertanggungjawabkan oleh kepimpinan BKAWM 2010/2011. Antaranya dengan mewujudkan urusetia khusus untuk Tabung Kebajikan dibawah Lajnah Kebajikan. Urusetia bertanggungjawab membantu ketua lajnah kebajikan memberi penerangan, mencari dan menambahkan dana tabung, mengenal pasti ahli yang memerlukan bantuan dan sebagainya sesuai dengan objektif penubuhan tabung ini. Pusat operasi Urusetia Tabung Kebajikan tertumpu di Ibu Pejabat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir (ARWP).

0.4 Siapa yang mengurus?

Tabung Kebajikan berada di bawah Unit Tabung yang mana dikelolakan oleh Lajnah kebajikan BKAWM.

0.5 Di mana pusat operasi?

Pusat operasi Urusetia Tabung Kebajikan berpusat di Ibu Pejabat, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan No 24, el Mahdy Ibu Barakah.

0.6 Apakah konsep digunakan?

DARI SAYA UNTUK SAYA bermaksud anda menyumbang untuk kegunaan anda ketika diperlukan. Walaubagaimana pun, sumbangan anda akan didahulukan penggunaannya kepada sahabat anda yang memerlukan bantuan dalam tempoh yang tertentu.

0.7 Bagaimankah Tabung Kebajikan memperolehi dana ?

Sumbangan penerima tajaan dan bantuan am MAIWP serta agensi-agensi kerajaan atau swasta dan lain-lain.

0.8 Berapakah nilai yang perlu saya sumbangkan untuk menjayakan tabung ini?

Setelah dibincangkan oleh urusetia Tabung Kebajikan dan dipersetujui Ahli Jawatankuasa Tertinggi BKAWM, ketetapan nilai sumbangan bagi tahun 2010/2011 adalah seperti berikut :

· Nilai sumbangan yang perlu dibayar ialah Pelajar tajaan MAIWP dan Bantuan Am atau Khas LE 50.00 (setahun).

· Manakala Anak Wilayah Persekutuan yang tidak menerima bantuan kewangan LE 25.00 (setahun)

0.9 Saya ahli BKAWM, Bagaimana saya boleh menyumbang?

Borang tabung kebajikan akan diedarkan kepada ahli melalui (Perwakilan Mahasiswa) PERMAS samada di kaherah atau muhafazah serta melalaui saluran rasmi BKAWM [http://bkawm2u.blogspot.com]


0.10 Bagaimanakah sumbangan saya digunakan?

Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk tujuan-tujuan berikut;

· Kes-kes kecemasan

· Pinjaman bagi tujuan berfaedah

· Sumbangan kepada ahli yang memerlukan

· Pelaburan

0.11 Siapa yang boleh dihubungi sekiranya berminat?

Sila hubungi Ketua Lajnah Kebajikan BKAWM , Mohd Mawardi Bin Mohd Zain di talian [0116304846] atau Timb Ketua, Nurhaziratul Naim Bt Sidek dipangku oleh Nurul Ashikin Binti Kamaruddin di talian [0142774923]

0.12 Harapan kepada ahli …

Adalah diharapkan penubuhan Tabung Kebajikan ini akan membantu ahli BKAWM yang berada dalam kesusahan sekaligus menyatukan kesatuan ahli yang sedia ada serta hubungan ukhwah yang telah sedia terjalin. Sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah S.W.T, kita yang merancang dan Allah S.WT. yang menentukan kejayaannya. Ayuh sama-sama kita jayakan!



AHLI JAWATANKUASA INDUK TABUNG KEBAJIKAN 2010|2011

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Yang Dipertua BKAWM

Naib Pengerusi HEWI 1

Setiausaha Agung

Bendahari Agung

Ketua Lajnah Kebajikan


EX-OFFICIO

Mohd Mawardi Bin Mohd Zain

Nurhaziratul Naim Bt Sidek


PENGARAH

Ab Samad Bin Abdul Aziz


TIMBALAN PENGARAH

Nawwar Bt Hashim


SETIAUSAHA

Suhana Bt Shahdan


BENDAHARI

Wan Jalaluddin Bin Wan Ismail

Nur Farhana Bt Mokhtar


PENYELARAS KAJIAN

Muhamad Naqiuddin Bin Ismail

Farah Hanim Bt Ridzuan


Mohd Mawardi Bin Mohd Zain

Timbalan Yang Dipertua,

Ketua Lajnah Kebajikan BKAWM 10/11.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]