Jaulah Abu Ala' - Persediaan Musim Sejuk
KAHERAH, 7 November – Badan
Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Unit Perumahan dan
Rehlah telah mengadakan lawatan ke Abu ‘Ala, gedung pakaian musim sejuk yang
sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelajar Malaysia di Mesir. Lawatan telah
dijalankan pada 7 November yang lalu. Lawatan ini bertujuan sebagai persediaan
buat para ahli, terutama pelajar-pelajar baru untuk menghadapi musim sejuk yang
bakal tiba tidak lama lagi.
Sebuah bas mini (coaster) telah
ditempah yang memuatkan 22 orang siswi, termasuk empat orang pengiring siswi serta enam orang siswa termasuk dua pengiring siswa. Rombongan ini telah bertolak jam 7.00
malam dan tiba di Abu ‘Ala pada jam 8.00 malam setelah melalui lalu - lintas
yang agak sesak.
Para peserta rombongan sangat teruja sepanjang lawatan berlangsung. Pelbagai perkara baru telah mereka pelajari terutama cara berkomunikasi dalam berjual – beli dengan masyarakat Arab Mesir. Ikatan persaudaraan sesama ahli juga semakin erat.
Para peserta rombongan sangat teruja sepanjang lawatan berlangsung. Pelbagai perkara baru telah mereka pelajari terutama cara berkomunikasi dalam berjual – beli dengan masyarakat Arab Mesir. Ikatan persaudaraan sesama ahli juga semakin erat.
“Lawatan ini sememangnya aktiviti tahunan yang dijalankan oleh Unit Perumahan dan Rehlah semata – mata bagi memastikan kebajikan ahli – ahli BKAWM sentiasa terjaga,” ujar Saudara Ahmad Faris, Ketua Unit Perumahan dan Rehlah pada sesi ini.
Rombongan tiba di Asrama Rumah
Wilayah Persekutuan (ARWP) pada jam 10.30 malam.
‘BKAWM Keluarga Kita’
‘KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH
KEILMUAN’
Comments
Post a Comment