Rumah Ahli Dirompak
TANTA, 27 November – Salah seorang
ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), Saudari
Amirah Faqihah binti Che Abidin, pelajar bidang Perubatan, Tahun Satu di Universiti
Tanta telah diuji dengan musibah. Rumah sewa yang beliau duduki bersama
empat orang sahabat yang lain telah dipecah masuk dan dirompak baru –
baru ini.
Kejadian berlaku semasa ahli rumah tersebut ke kuliah yang terletak tidak jauh dari tempat kediaman mereka. Antara barangan yang telah dirompak termasuklah beberapa buah komputer riba, telefon bimbit serta sejumlah wang.
Wakil dari Unit Kebajikan BKAWM telah melawat saudari Amirah Faqihah di Tanta serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang menimpa mereka.
Pepatah ada menyebut, malang tidak berbau. Namun, segala ketentuan meskipun musibah telah ditetapkan dan haruslah kita terima dengan sabar. Semoga saudari Amirah Faqihah tabah menghadapi dugaan yang menimpa beliau.

Comments
Post a Comment