PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN

KAHERAH, 16 Disember 2014 – Unit Tabung Kebajikan di bawah Lajnah Kebajikan BKAWM sesi 2014/2015 telah membuat pelancaran bagi kutipan Tabung Kebajikan pada sesi ini. Pelancaran tabung kebajikan ini dibuat semasa berlangsungnya Program Ramah Mesra bersama Delegasi MAIWP yang datang meziarahi anak-anak Wilayah Persekutuan baru-baru ini. Gimik pelancaran telah disempurnakan oleh Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaafar selaku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).



            Penubuhan Tabung Kebajikan mula dicadangkan pada usul tergempar pada sesi 2009/2010 dan mendapat sokongan sebulat suara ahli Mesyuarat Agung Tahunan agar tabung ini diperkasakan pada sesi 2010/2011. Antara objektif penubuhan tabung ini adalah:

· Membantu ahli yang bermasalah dalam aspek kewangan dan tidak mendapat zakat Wilayah
   Persekutuan.
· Menanam dan menyemai sikap ithar (mendahulukan orang lain) dalam kalangan ahli BKAWM
· Melahirkan ahli BKAWM yang bersikap pemurah dan suka membantu.
· Memupuk rasa tanggungjawap terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara
   seaqidah.

Pada sesi ini, Unit Tabung Kebajikan telah memperkenalkan satu mekanisme kutipan yuran Tabung Kebajikan yang baru, iaitu bayaran secara ansuran. Oleh itu, pihak kami menetapkan maksima tiga kali pembayaran sehingga selesai mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan.

            Sehubungan dengan itu, bagi sebarang permasalahan kewangan atau permasalahan mengenai Tabung Kebajikan, boleh berhubung dengan Pengarah dan Timbalan Pengarah Unit Tabung Kebajikan yang telah dilantik bagi sesi 2014/2015 iaitu saudara Muhammad Ilman bin Abdul Razak dan saudari Ayeshah binti Awallul Azmi.

            Semoga dengan pelancaran Tabung Kebajikan ini, dapat membantu meringankan bebanan kewangan yang dihadapi oleh ahli BKAWM dan dapat memupuk sikap pemurah dan tolong-menolong dalam kalangan ahli.


“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]