MUSIM CUTI MUSIM UJIAN YANG SEBENAR

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW yang dengan perit jerih perjuangan baginda menyampaikan risalah yang hakiki dapat kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah, musim imtihan telah hampir tamat menandakan musim cuti musim sejuk pun tiba. Setelah hampir sebulan berjuang di medan peperiksaan, Allah SWT memberi waktu kepada kita untuk berehat sebentar daripada menghadiri kuliah. Namun, sedar atau tidak, pada waktu inilah Allah SWT sedang menguji tahap istiqamah hamba-hamba-Nya. Andai sewaktu musim imtihan dapat kita bangun malam setiap hari, mengamalkan sunnah dan lain-lain, adakah kita akan terus melakukan amalan-amalan tersebut pada musim cuti ini juga? Tepuk dada, tanya iman.

Andai kita masih sama sewaktu imtihan dan selepasnya, ungkapkanlah Alhamdulillah kerana Allah SWT  masih menetapkan hati ini di jalan-Nya. Jika tidak, renungkan kembali tujuan kita melakukan ibadah tersebut dan fikirkan sama ada adakah kita ini hamba Allah atau hamba imtihan? Teruskan koreksi diri setiap waktu.

            Kelebihan masa lapang ini haruslah kita gunakan dengan sebaiknya melakukan perkara yang dapat menambah nilai diri daripada yang baik kepada yang lebih baik. Antara aktiviti yang dapat dilakukan sebagai seorang yang bergelar mahasiswa Mesir khususnya mahupun mahasiswa seluruh negara amnya adalah menghadiri pengajian berbentuk daurah kitab yang banyak dianjurkan oleh BKAN Negeri, PMRAM atau PERUBATAN. Selain itu, jaulah tarbawi sama ada ke sekitar Mesir atau ke luar negara juga merupakan salah satu aktiviti yang baik. Ingatlah, dengan banyak berjalan melihat alam ciptaan Allah ini, kita akan lebih mengenal Pencipta Yang Maha Agung.

Firman Allah : 
"فاعتبروا يااولى الأبصٰر"
"Ambillah pelajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan tajam"
(Surah al-Hasyr , ayat 2)

            Akhir kata, manfaatkan cuti ini dengan sebaiknya agar dapat menambah baik peribadi diri kita selaku mahasiswa muslim dan mukmin sejati. Saya mengharapkan agar semua ahli dapat mengambil peluang pada waktu cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang mendidik jiwa ke arah kebaikan dan pertingkatkan prestasi diri agar lebih banyak menimba ilmu dan thaqafah pada musim cuti ini.

"BKAWM Keluarga Kita"

"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

Siti Solehah Bt Mohd Ardzi
Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan 
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2014/2015


Comments

  1. Salam admin. Saya lepasan STAM dan saya nak ke Mesir. Saya nak pergi di bawah naungan Wilayah KL. Macam mana saya boleh berurusan nanti? Saya STAM di Johor. Menetap di Selangor . Lahir di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam wbt.. maaf lambat respon sebab baru perasan.
      kalau akhi nak datang ke mesir, dari peringkat kami akan ada wakil yang akan tolong menguruskan di Malaysia. Akhi boleh berhubung dengan ustaz Syamil buat sementara ini. ni no. telefonnya +2011 535 99798.
      Kami sangat mengalu-alukan kedatangan akhi ke mesir. Sekian terima kasih.

      Delete
    2. Takpe admin. Terima kasih untuk pencerahan. ^_^ الله يفتح عليكم

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]