KESELAMATAN MENJADI TUNTUTAN DALAM ISLAM
إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ
وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ
يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ
يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ۚ ذَٰلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا ۖ وَلَهُمْ فِي
الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Sesungguhnya
balasan bagi orang yang memerangi Allah dan Rasulnya serta melakukan kerosakan
di muka bumi. Mereka akan dibunuh dan disalib atau dipotong tangan dan kaki
bertimbal balik atau dibuang negeri itu adalah penghinaan bagi mereka di dunia
dan akhirat nanti merka akan beroleh siksaan yang amat besar.
(Surah
al-Maidah ayat 33)
Keselamatan adalah merupakan perkara yang menjadi keperluan asas
bagi setiap insan untuk hidup bahagia di dunia ini. Islam merupakan suatu agama
yang memandang berat terhadap aspek keselamatan umatnya dan alam seluruhnya. Ini
sesuai dengan pengertian yang terangkum di dalam istilah الإسلام itu sendiri yang
bermaksud “selamat dan sejahtera.
Isu
keselamatan di Mesir merupakan suatu isu yang amat menjadi tumpuan sejak
kebelakangan ini. Hari ini, jika kita melihat seluruh peringkat berusaha keras
untuk menjaga keselamatan para pelajar Malaysia sama ada di peringkat PMRAM,
KBMK mahupun Badan-badan Kebajikan Anak Negeri.
Pelbagai isu yang telah melibatkan pelajar-pelajar Malaysia daripada kes
visa sehinggalah kepada kes rompakan serta pecah rumah.
Badan
Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) juga tidak terkecuali dalam
memberikan perhatian dan mengambil berat terhadap isu-isu keselamatan di Mesir
ini terutama yang berlaku ke atas
anak-anak Wilayah Persekutuan khususnya. BKAWM
berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan keselamatan dan kebajikan
ahli menjadi keutamaan untuk dilaksanakan dan diselesaikan. BKAWM sentiasa menyarankan kepada setiap ahli untuk merujuk dan memaklumkan setiap perkara yang
berlaku untuk memastikan keselamatan setiap ahli berada dalam keadaan yang
terbaik.
Selain
itu, BKAWM menyarankan agar setiap ahli untuk mengikuti pekeliling yang dikeluarkan
oleh PMRAM dan KBMK untuk keadaan-keadaan tertentu supaya berada dalam keadaan
yang baik. Kita juga mengharapkan setiap ahli untuk meningkatkan tahap
keselamatan diri, rumah dan keadaan sekeliling. Hal ini kerana ingin
mengelakkan daripada segala perkara yang tidak diingini berlaku. BKAWM menyeru sekali
lagi kepada setiap ahli untuk bersama-sama memastikan keselamatan individu
berada dalam tahap yang selamat serta mematuhi setiap pekeliling keselamatan
yang dikeluarkan oleh pihak berwajib. Di samping itu, ahli juga hendaklah
melaporkan keadaan dari semasa ke semasa berkaitan dengan keselamatan
masing-masing.
BKAWM
berharap agar semua ahli sentiasa cakna dan mengambil berat keadaan dan suasana
Mesir memandangkan isu politik negara ini masih berada dalam keadaan yang tidak
stabil. Kita menyarankan kepada ahli untuk mengelakkan diri daripada sebarang
aktiviti yang melibatkan penduduk Mesir. Semoga niat kita untuk menuntut ilmu
ini di bumi Mesir di permudahkan dan dipelihara oleh Allah serta melindungi
kita semua daripada sebarang musibah.
“BKAMW Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”
Satu Fikrah Satu Amal
MUHAMMAD
YASIN BIN AWANG
YANG
DIPERTUA
BADAN
KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR
SESI
2014/2015
Comments
Post a Comment