IJTIMAK FASILITATOR PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN
KAHERAH, 3 Februari 2015- Buat pertama kalinya Badan Kebajikan Anak
Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Jabatan Fasilitator (JATA) telah
menganjurkan Ijtimak Fasilitator. Program yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini telah
dihadiri oleh semua
fasilitator Discussion Group (DG) yang terdiri dari kalangan siswa dan
siswi. Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM
turut sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Program ini diadakan di
Dewan Sri Putra , Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) pada jam 8 hingga 10
pagi.
Tujuan utama Ijtimak Fasilitator ini diadakan
adalah untuk menambahkan pengetahuan buat para fasilitator terutamanya dalam bidang pengurusan. Di samping itu, pengukuhan ukhuwah dan keselarasan gerak kerja
menjadi tunjang kekuatan program ini. Pengisian pertama bermula dengan
pembentangan kitab Fiqh Dakwah oleh Ustaz Nasrullah, mantan Fasilitator KPKM.
Kitab ini membincangkan tentang rukun dakwah, peringkat dakwah, rukun jemaah dan dalil-dalil yang menuntut
individu untuk berdakwah. Para fasilitator memberikan tumpuan dan respon yang amat memberangsangkan
semasa pembentangan kitab ini dijalankan.
Agenda seterusnya merupakan agenda pembentangan
laporan serta permasalahan yang dihadapi oleh setiap kumpulan Discussion
Group (DG). Secara keseluruhannya, pihak siswa terdiri daripada tujuh
kumpulan termasuk kumpulan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Mutazawwijin. Pihak
siswi pula terdiri daripada sembilan kumpulan termasuk kumpulan Hal Ehwal Wanita Islam
(AJK HEWI).
Kesimpulannya program Ijtimak Fasilitator
PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan dapat dijalankan dengan jayanya. Sekalung
penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang membantu secara langsung mahupun
tidak langsung. Semoga segala gerak kerja kita mendapat redha dan rahmat
daripada Allah.
"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
"BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment