KAHERAH, 30
Januari 2015 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan
Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi
2014/2015 telah menganjurkan program buat julung-julung kalinya iaitu Wilayah’s
Sports Day (WISE) dengan tema ‘’Healthy Body, Healthy Mind’’. O
bjektif program ini adalah
untuk
mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli di samping ingin mewujudkan
suasana hidup yang sihat melalui aktiviti kesukanan.

Pada 26 Januari
2015, pihak program telah menganjurkan aktiviti sukan futsal bagi peringkat
siswa yang bertempat di
Nadi Musallas. Pada pagi tersebut, program ini
dirasmikan oleh saudara Muhammad Syazwan bin Hamzah dan dimeriahkan lagi dengan
kehadiran pasukan PMRAM cawangan
Taakhi Zon A, iaitu
dari PMRAM cawangan
Dumyat dan Badan Pengurus PMRAM. Pada malam tersebut,
telah diadakan slot pengisian seni bela yang dijemput khas dari SWAD PMRAM diri
bertempat di Dewan Sri Putra.
Bagi peringkat
siswi pula telah dirasmikan oleh Saudari Musfirah binti Anuar selaku HEWI
Angkat BKAWM di Dewan Sri Putra. Antara permainan yang dianjurkan ialah teng-teng, lompat tali,
tali skipping, baling selipar dan
galah panjang. Permainan tradisional menjadi pilihan bagi membuka ruang kepada
ahli untuk mengimbau kembali kenangan semasa kecil untuk dikongsikan sesama
ahli. Pengadil telah dijemput khas dari
BKAN taakhi.
Pada 27 Januari
2015 pula, program diteruskan dengan aktiviti sukan tradisional bagi peringkat
siswa pula
yang bertempat di Hadiqah Dauli dan aktiviti bola keranjang
peringkat siswi di Nadi Zahra’. Selain itu, program juga menjemput Fityan PMRAM
untuk mengadakan pameran di Maktabah Darul Madani. Program berakhir dengan
majlis penutup yang dirasmikan oleh saudara Muhammad Arif Bin Hamzah selaku ,
Badan Pengurus Angkat BKAWM. Persembahan silat dan Taekwando yang
dipersembahkan oleh ahli BKAWM memeriahkan lagi majlis penutup pada malam
tersebut. Pemain dan kumpulan terbaik telah diumumkan dan masing-masing
mendapat hadiah yang menarik.
Comments
Post a Comment