REHLAH KE DUMYAT SELEPAS MUSIM IMTIHAN
KAHERAH, 30 Januari 2015- Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan kerjasama Badan Kebajikan
Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan rehlah
ke Dumyat pada hari Sabtu yang
lalu. Seramai 19 orang
peserta yang terlibat terdiri
daripada anak-anak Wilayah Persekutuan sendiri dan seorang wakil daripada PPMM.
Setibanya di Dumyat, rombongan
rehlah disambut mesra oleh seorang
wakil pelajar di Dumyat dan bergerak terus ke pantai. Antara
aktiviti yang dijalankan di sana adalah mengutip
kerang, BBQ, sukaneka dan banyak lagi.
Selesai sembahyang Zohor di pantai, rehlah diteruskan lagi ke Pelabuhan Said (Port Said)
yang terkenal dengan pelabuhan yang
berada di penghujung
benua. Perjalanan
mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Setibanya di Port Said,
para peserta diberi kebebasan untuk membeli belah. Pelbagai barangan boleh dibeli di sana dengan harga yang murah. Di sebelah malam pula, para peserta rehlah makan malam bersama-sama di Restoran Seafood El-Laban sebelum pulang
ke Kaherah.
Semoga dengan rehlah yang dianjurkan bersama
oleh PPMM dan BKAWM ini dapat
memberi manfaat kepada
semua peserta. Di samping dapat mengambil istifadah
dan menenangkan fikiran serta merehatkan diri selepas
peperiksaan.
'BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal
Comments
Post a Comment