Siswi Exploration : Alexandria 2015 (SEA '15)
Menjejaki Kota Sejarah, Mengambil Ibrah
KAHERAH, 3
Februari 2015 – Berjalan mengenal alam, menghirup udara segar sambil disapa lembut bayu laut merupakan
kenangan indah sepanjang mengikuti program Siswi Exploration: Alexandria (SEA
’15) 31 Januari yang
lalu.
Program anjuran Unit Perumahan dan Rehlah,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir ini merupakan aktiviti musim sejuk khusus buat
mahasiswi bersempena tamatnya peperiksaan fasa satu, 22 Januari lalu. Program
ini juga bertujuan untuk
menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman peserta terutamanya tentang sejarah para
ulama yang hebat yang semadikan
di bumi Iskandariah. Selain itu, tautan ukhuwah juga semakin erat melalui
permusafiran ini.
Seramai 40 orang peserta siswi, 2
orang musyrif dan satu pasangan mutazawwijin menyertai program ini. Peserta
turut terdiri daripada lima orang wakil dari PMRAM cawangan Taakhi
Zon A, iaitu PMRAM Cawangan Kedah dan 4 orang pelajar dari Jordan.
Seterusnya, lawatan diteruskan lagi ke Kubu Qaitbey. Ianya merupakan binaan kubu
pertahanan yang hebat semasa zaman kegemilangan Islam di Mesir. Di dalam kubu ini, pelbagai
peninggalan dapat disaksikan termasuk artifak meriam yang digunakan pada zaman
tersebut. Peserta juga tidak melepaskan peluang menaiki sampan di sekitar kawasan kubu.
Perjalanan diteruskan ke Masjid
Imam Danial untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Peserta turut dibawa
melawat ke makam Imam
Danial, Makam Luqman al-Hakim juga makam salah seorang sahabat Nabi SAW, Abi Darda’. Seterusnya, peserta turut mengambil peluang
melawat dan bergambar di Perpustakaan Bibliotheca yang mempunyai pelbagai
sejarah menarik.
Lawatan ke Iskandariah tidak akan
lengkap jika tidak singgah di Muntaza yang turut terdirinya Istana Raja Farouq, Raja terakhir di Mesir.
Dari Muntaza, peserta dibawa ke Ma’moura untuk menghayati keindahan laut pada
waktu senja sambil berbasikal.
Pada jam 6.45 malam, bas bertolak ke Carrefour, memberi peluang
kepada peserta solat Isyak dan membeli makan malam. Jam 9.00 malam, bermulalah
perjalanan pulang ke Kaherah membawa para peserta yang kepenatan setelah
seharian menjelajah bumi Iskandariah ini.
Program Siswi Exploration:
Alexandria (SEA ’15) bukan sahaja bertujuan untuk bercuti semata-mata tetapi juga menekankan pengetahuan
tentang sejarah serta ikatan ukhuwah sepanjang aktiviti dijalankan. Diharapkan
dengan penganjuran program ini, objektif yang dirangka tercapai serta
meningkatkan kebersamaan sesama ahli, selari dengan tema pembawaan BKAWM pada
tahun ini, iaitu ‘Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan’.
Comments
Post a Comment