[ KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PERLANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2016/2017 ]



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta
petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat
untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad
SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah
syahadah, Alhamdulillah.





Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya
(SPR) BKAWM 2016. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru
pimpinan BKAWM yang akan datang.

Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2):
"........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di
dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran
AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."

Oleh itu, sukacita diumumkan bahawa 2 orang AJK Tadbir kekal siswa dan 2
orang AJK Tadbir kekal siswi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
(BKAWM) sesi 2016/2017 yang telah dipersetujui  adalah seperti berikut :

1. Muhammad Shafie bin Abdul Halim
2. Muhammad Aiman bin Md Rashid
3. Nurul Amaani binti Kushairi
4. Nur Hafizah binti Mohamad Rahman

Besar harapan kami agar seluruh ahli BKAWM memberikan sokongan penuh kepada
mereka termasuklah bakal pimpinan BKAWM yang akan datang.

Sii'ru ala barakatillah.

"MEMPERKASA KEFAHAMAN, MENEGUH KEBERSAMAAN"

"BERILMU, BERAMAL DAN BERBAKTI"

Yang menjalankan tugas,

AMIRUL HAKIM BIN MOHD RAZIB
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,
BKAWM sesi 2015/2016



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]