[ WIFI’20: EKONOMI ISLAM MENGINSPIRASI KEMAJUAN UMMAH ]



KAHERAH, 8, 9 & 10 Mac 2020 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020 telah berjaya mengadakan program Wilayah Persekutuan Food Fiesta 2020 (WIFI’20) selama tiga hari. Program ini telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan Hayyu Sabie'. Seramai 21 orang Ahli Jawatankuasa Pelaksana program dan 59 orang Ahli Jawatankuasa Kecil diperuntukkan.


Antara objektif penting WIFI’20 ialah menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping itu membuka ruang kepada ahli untuk menjana kewangan. Program ini juga bertujuan menerapkan urusniaga berlandaskan perundangan Islam dan mewujudkan suasana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir.



Sebanyak 10 gerai yang dibuka terdiri daripada 10 gerai makanan bagi penender siswa dan satu gerai air yang dioperasi oleh pihak program sendiri. Gerai-gerai yang beroperasi menyediakan pelbagai juadah yang menarik seperti Nasi Ayam Tandoori Bakar, Burger Leleh Warisan, Mee Rojaks, NasI Ayam Tempoyak Aziz dan lain-lain. Manakala di peringkat BKAWM telah membuka gerai air dan pelbagai jenis air seperti ice blended, air citarasa malaysia, dan air tema iaitu Air WIFI’20.




Di bahagian lobi ada dibuka beberapa booth sebagai tatapan para pengunjung mendapatkan maklumat seperti booth Unit Biah Solehah dan Arkib.


Turut diadakan photobooth bagi siswa dan siswi yang ingin bergambar kenang-kenangan bertemakan landscape untuk porgram bazar pada kali ini.




Program bazar ini dimeriahkan lagi dengan indoor games yang diadakan setiap hari selapas waktu Asar dan Isyak. Bagi siswa diadakan di lobi, manakala siswi diadakan di ruangan makan siswi. Antara permainan yang dimainkan ialah Flip Tac Toe, Onde-onde, Bomb Bottle dan banyak lagi. Penyertaan dibuka kepada semua pengunjung yang hadir dan disediakan hadiah bagi setiap pemenang. Turut diadakan beberapa pengisian yang disampaikan oleh DJ mengikut tajuk yang disediakan seperti pengenalan Unit Baitul Muslim dan HISBAH. Para peserta juga boleh menulis ucapan untuk dibacakan oleh DJ serta mencadangkan lagu yang akan dimainkan.




Seterusnya, program WIFI’20 juga telah mengadakan malam penutup pada malam terakhir program. Majlis diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Paradise yang telah dijemput bagi menghiburkan pengunjung pada malam terakhir program berlangsung.



Program WIFI’20 ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penender yang memenangi gerai terbaik serta anugerah terbaru iaitu menu terlaris bagi setiap kategori penender ahli dan bukan ahli yang diadakan dengan harapan agar program ini dapat mengeratkan ukhuwah dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara ahli BKAWM.


Akhir sekali, diharapkan agar program ini juga dapat memberikan pengalaman yang sungguh bermakna antara ahli BKAWM sendiri.

Disediakan oleh:
Adib Akmal Bin Ismail,
Setiausaha Wilayah Persekutuan Food Fiesta 2020 (WIFI’20)
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM)
Sesi 2019/2020.

“Ekonomi Islam Menginspirasi Kemajuan Ummah”

“Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM Keluarga Kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]