[ BERITA: JELAJAH TURSINA WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (TURSINA '20) ]





SEMENANJUNG SINAI, 2 & 15 FEBRUARI 2020 – Sempena cuti musim sejuk pada kali ini, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan program Jelajah Tursina Wilayah Persekutuan 2020 (TURSINA ’20) pada 2 – 4 Februari 2020 bagi siswa dan 15 – 17 Februari 2020 bagi siswi. Seramai 55 orang peserta siswa dan 39 peserta siswi telah menyertai program ini. Peserta-peserta dibawa menjelajahi sekitar Sinai dan Dahab.



Antara objektif yang diketengahkan pihak program ialah melihat kekuasaan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T di muka bumi ini disamping mengambil pengajaran serta meningkatkan pengetahuan ahli terhadap sejarah-sejarah Islam. Selain itu, dapat mengeratkan ukhuwah islamiah dan membentuk kekuatan jasmani dan rohani anak-anak Wilayah Persekutuan.



Program ini dimulakan dengan taklimat keselamatan dan disiplin daripada Unit Pengisian dan Disiplin pada malam hari. Peserta-peserta bertolak menuju ke Sinai pada jam 3.00 pagi keesokan harinya dan tiba di destinasi pada jam 6.30 pagi. Majlis perasmian disempurnakan oleh saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri selaku Yang Di Pertua BKAWM sesi 2019/2020.
Pihak program telah menyusun aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang 3 hari 2 malam, antaranya:


1) Melawat Kubu Barlief (Kubu Israel)


2) Melawat U’yun Nabi Musa


3) Melawat sekitar Wadi Arbaien



4) Mendaki Jabal Musa




5) Ziarah Maqam Nabi Harun A.S dan Nabi Soleh A.S


6) Menaiki glassboat di Pantai Awam Dahab
7) Snorkelling di Blue Hole


8) ATV Quard Bike


9) Melawat Pasar Sharm El Syeikh


  Penerangan dan informasi-informasi mengenai tempat-tempat bersejarah dan kesan-kesan peninggalan para Nabi terdahulu telah disampaikan oleh saudara Amilrol Anua bin Osman selaku musyrif penerangan yang dijemput. Pelbagai ibrah dan pengajaran yang diperolehi antaranya, keyakinan dan keteguhan iman kepada para Nabi dan kehebatan dan keagungan ciptaan Allah S.W.T.


Melalui jelajah ini, pihak program berharap agar pengembaraan ini dapat menjentik hati-hati ahli supaya teguh,thabat dan mencapai himmah yang tinggi dalam menuntut ilmu seperti teguhnya para nabi dalam menuntut ilmu dan menyampaikan risalah Islam. Semoga ukhuwah yang bertaut ini kekal abadi hingga ke Syurga kelak.


Disediakan oleh:
Nur Hidayahtul Hafizah binti Mohd Ali,
Setiausaha,
Jelajah Tursina Wilayah Persekutuan 2020 (TURSINA ’20),
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020.

“Ibrah Diteladani, Ukhuwah Terpateri”

“Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan”
“BKAWM keluarga kita”
“Bersama Bersatu”

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]