Posts

[ RISALAH HISBAH : MENYURUH KEPADA KEBAIKAN DAN MELARANG DARIPADA KEMUNGKARAN ]

Image
MENYURUH KEPADA KEBAIKAN Dewasa ini, hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah Taala tidak lagi diterap dan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam, tetapi diganti dengan perlembagaan yang dicipta oleh pemikiran manusia, malah berlumba-lumba mempelajarinya di institusi-institusi dan fakulti undang-undang. Selain hudud (hukuman syar’i) terdapat juga ta’zir. Menjatuhkan ta’zir (hukuman disiplin) terhadap dosa-dosa yang di dalamnya tidak terdapat hudud (hukuman syar’i). Ta’zir berbeza mengikut keadaan kesalahan dan pelaku itu sendiri. Menjatuhkan ta’zir juga terdapat dalam kesalahan hisbah sama ada terhadap kebaikan yang ditinggalkan atau kemungkaran yang dilakukan. Menyuruh kepada kebaikan terbahagi kepada 3 bahagian: 1. Menyuruh kepada kebaikan yang berkaitan dengan hak Allah  Menyuruh kepada kebaikan yang terkait dengan hak Allah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perintah untuk berjemaah (tidak bersendirian) dan juga  perintah sunnah.   Contoh perintah un...

[ BERITA: WARNA-WARNI AIDILFITRI 2019 (FITRI ‘19) ]

Image
KAHERAH, 19 JULAI 2019 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Warna-Warni Aidilfitri 2019 telah selamat melabuhkan tirai pada 6 Jun 2019. FITRI '19 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Ahli jawatankuasa program ini terdiri daripada 15 orang, 8 orang mahasiswa dan 7 orang mahasiswi. Program ini telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula pada 4 Jun 2019 sehingga 6 jun 2019. Antara objektif FITRI ’19 adalah meraikan sambutan hari raya di perantauan dan mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Program FITRI ’19 telah dimulakan dengan perutusan syawal yang telah disampaikan oleh YDP BKAWM sesi 2018/2019 iaitu saudara Muhammad Aiman Bin Md Rashid. Aktiviti diteruskan dengan video ucapan perantauan oleh ahli Wilayah Persekutuan yang beraya di bumi Mesir dan takbir raya di setiap rumah Asram...

[ BERITA: IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2019 (IHTIRAM ’19) ]

Image
KAHERAH, 19 Julai 2019 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2019 telah melabuhkan tirai pada 4 Jun 2019. IHTIRAM ’19 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang berpuasa di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula daripada 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Antara objektif IHTIRAM ’19 adalah menerapkan penghayatan ibadah sepanjang program, membina thaqafah islamiah dalam kalangan ahli, meribatkan ukhuwah islamiah antara ahli dan BKAN Taakhi dan melatih ahli BKAWM bersifat kemasyarakatan. Program IHTIRAM ’19 telah dimulakan dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh encik Ahmad Fadli bin Adam, Pegawai Atase Wilayah Persekutuan sekaligus melancarkan tabung sumbangan IHTIRAM ’19 dan gimik perasmian. Majlis diteruskan lagi dengan taklimat pengisian sepanjang program. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan ...

[ KALAM PIMPINAN: KEWAJIPAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ]

Image
Allah SWT berfirman: وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah ali-Imran: 104)  Dalam ayat ini, Allah SWT telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar adalah fardhu kifayah kepada umat Islam. Apabila hukum ini dicuaikan, maka akan berdosalah seluruh umat itu.    Tugas berdakwah, iaitu menyeru manusia ke jalan Allah dan menjauhi jalan-jalan syaitan adalah tugas seluruh manusia. Namun, yang diberatkan untuk tugas ini adalah golongan ulama atau orang-orang yang berilmu. Sementara bagi masyarakat umum pula, menjadi kewajipan bagi mer...

[ KALAM PIMPINAN: GEJALA POP-ISLAMISME DALAM KALANGAN UMAT ISLAM ]

Image
   Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang- orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)    Hari ini, kita semakin kerap berbicara tentang Post-Islamisme yang berkaitan dengan pemikiran Liberalisme. Harus juga kenali, bahawa “sepupu” kepada Post-Islamisme ialah “Pop-Islamisme”, iaitu pemikiran yang terlajak merai budaya-budaya pop ata...

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Bersempena dengan imtihan fasa dua yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 26 April 2019. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim. Dan semoga juga, Allah permudahkan urusan peperiksaan fasa dua akan datang. Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2018/2019. “Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
25 April 2019: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang kedua iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2018/2019 akan bermula pada bulan Mei 2019. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 25 April 2019. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bumi Mes...