KAHWIN’11 : Kegembiraan Dirasai, Ukhuwah Terpatri

BALTIM, 27 Sept – Unit Bait Muslim (UBM) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2011/2012 telah menganjurkan siri program Kembara Tarbawi bersama wakil UBM Wilayah Persekutuan, saudara Hairul Nizam bin Mat Hussain dan pasangannya saudari Noor Hafizah binti Samsudin.

Kembara siri pertama telah diadakan pada 21 September yang lalu dengan penyertaan seramai 40 orang siswa. Antara destinasi yang dikunjungi adalah Pantai Cleopatra, Pantai Abyad, Pantai Ageeba dan Suq Lybia. Program yang berlangsung selama satu hari itu telah mengukuhkan lagi Ukhuwah Fillah dalam kalangan ahli BKAWM.


Kembara siri kedua pula telah diadakan pada 27 September dengan penyertaan daripada siswi seramai 42 orang. Turut serta dalam kembara ini juga peserta dari negeri Sabah dan Selangor serta seorang wakil dari HEWI PMRAM.


Tujuan kembara ini diadakan adalah untuk mengukuhkan ukhuwah islamiyyah dalam kalangan ahli Wilayah Persekutuan serta dapat melihat kebesaran dan keindahan ciptaan Allah di bumi Mesir ini.

Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam itu dipenuhi dengan beberapa agenda, antaranya santapan rohani penyentuh jiwa yang telah disampaikan oleh wakil UBM, saudari Noor Hafizah. Beberapa tips yang telah dikongsi bersama peserta kembara dalam membentuk keluarga yang sakinah.

Suasana perjalanan menjadi lebih ceria dengan aktiviti teka-teki dan sesi taa’ruf bersama musyrif Kembara Tarbawi, saudara Ab Samad bin Abdul Aziz, wakil HEWI PMRAM, saudari Kamilah binti Che Razali dan wakil peserta dari Sabah dan Selangor.


Peserta Kembara Tarbawi tiba di Pantai Baltim sekitar jam 12 tengah hari. Setelah solat zohor dan makan tengahari bersama, pengisian diteruskan lagi dengan aktiviti santai iaitu sukaneka. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Antara aktiviti tersebut ialah Gambar Berkarat dan Sambutlah Cintaku. Program Kembara Tarbawi diakhiri dengan alunan suci Asmaul Husna dan lagu PMRAM, seterusnya sesi bergambar sebelum berangkat pulang ke Kaherah. Peserta Kembara Tarbawi selamat tiba di perkarangan ARWP sekitar 12 tengah malam.





Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]