“KEPIMPINAN CEMERLANG, ISLAM DIJULANG” - MAT BKAWM Kali Ke 13



Assalamualaikum,

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad SAW, penghulu segala nabi dan rasul. Juga kepada para sahabat – sahabat Baginda, tabi’ dan tabi’in serta para alim ulamak yang melalui jalan ini.

Setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi dapat kita sama – sama menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan Kali yang ke 13 dan Majlis Anugerah Jasamu Dikenang pada kali ini, bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam Surah Asy – Syura ayat 38 yang bermaksud : “ ….Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Justeru itu, MAT BKAWM kali ke 13 ni adalah satu medium kebersamaan serta kesatuan anak – anak Wilayah Persekutuan bersama BKAWM bagi mengorak langkah sejajar dengan kemantangannya. Pihak pimpinan mengharapkan generasi yang akan datang dapat meneruskan perjuangan dengan lebih cemerlang terutamanya dalam bidang akademik dan pembentukan modal insan.

Pada sesi ini, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 akan digabungkan dengan Majlis Anugerah Jasamu Dikenang iaitu penyampaian anugerah bagi ahli – ahli BKAWM yang banyak memberi komitmen dalam membantu merealisasikan agenda yang dirancang terlaksana dan mencapai objektif yang diharapkan.

Ucapan ribuan terima kasih buat ahli jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 13 dan Majlis Anugerah Jasamu Dikenang yang bertungkus – lumus bagi memastikan kejayaan program ini. Semoga usaha dan hasil titik peluh kalian dibalas dengan rahmat dan kejayaan dari Allah SWT. Sekian, Siiru ala barakatillah.

“KEPIMPINAN CEMERLANG, ISLAM DIJULANG”

“KEUNGGULAN UKHWAH, PEMANGKIN TARBIAH”

BELAJAR, BERAMAL, BERBAKTI

Muhammad Nazmi bin Abd Samat,

Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 13 dan Majlis Anugerah Jasamu Dikenang,

Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir,

Sesi 2010/2011.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]