Kelas Tafaqquh Bersama PERUBATAN


KAHERAH, 1SEPT- Biro Pembangunan Insan PERUBATAN dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan Kelas Tafaqquh Summer di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir (ARWP).

Kelas Tafaqquh tersebut dikendalikan oleh Sheikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani yang mengajarkan kitab Al-Mukhtashar Fi 'Ulum Al-Din tersebut bermula selepas isya' di ARWP.

Kelas tersebut bermula selepas solat Isya' pada setiap hari Sabtu, Isnin, Rabu , Jumaat dan dijangka akan berterusan sehingga 23 September 2011.Kelas tersebut terbuka kepada semua pelajar perubatan dan pengajian Islam.

Turut hadir pada malam itu, Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq Hamdani, serta wakil dari Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]