MAT 13 Kian Hampir - YDP BKAWM



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah , pertama sekali marilah kita bersama-sama merafa’kan setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Yang Maha Agung, Penguasa Timur dan Barat kerana sehingga saat kalam ini dibaca, kita masih dikurniakan nikmat Iman,Islam dan Akal. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, seluruh ahlulbait, para sahabat, dan sekalian yang meneruskan kesinambungan perjuangan dakwah Baginda sehingga Islam masih dimartabatkan oleh seluruh penduduk dunia pada hari ini.

Saban tahun kita akan menyaksikan turun dan naiknya kepimpinan baru BKAWM. Turun bukan bermakna meninggalkan, naik bukan bermakna melupakan. Namun ini adalah sunnatullah yang kita warisi sejak dulu lagi. Medan koreksi ini kita jadikan sebagai titik tolak dalam memastikan segala kekurangan dan kejayaan yang dicapai dinilai seterusnya diperhalusi demi memacu misi dakwah yang kita galas ini.

Saya percaya dan yakin, agenda kesatuan dan kebajikan yang dibawa BKAWM ini akan terus terlaksana selagi kita berpegang pada firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.



Seterusnya saya berdoa dan berharap agar segala usaha yang kita curahkan ini mendapat penilaian disisi Allah. Semoga dengan berakhirnya sesi 2010/2011 ini BKAWM terus bersedia mengorak langkah maju kehadapan demi memartabatkan Islam di mata dunia hakikatnya tetapi anak wilayah bangsa Melayu secara lahiriahnya.

Al-Imam As-Syahid pernah berpesan “Wahai Ikhwan, perlengkapkanlah dirimu dengan mendapat tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci, ujilah bakal para pejuang dengan amal yang kuat yang banyak, yang tidak disukai mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu hakikat perjuangan.”

Akhir kalam, saya mewakili barisan AJKT sesi 2010/2011 mengucapkan ribuan kemaafan kepada seluruh anak Wilayah Persekutuan andai ada kelemahan sepanjang sesi pentadbiran kami dan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.

Sekian,wassalam


MOHAMMAD ADLLY BIN MOHAMMAD BOKHARI,
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Anak wilayah Persekutuan Mesir,
Sesi 2010/2011.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]