Suai Kenal Kepimpinan Baru Sesi 2011/2012


KAHERAH, 14 September - Selepas diumumkan tiada bantahan, maka kesemua calon AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012 diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Sehubungan dengan itu, telah diadakan Malam Pengenalan Calon dan Penerangan Manifesto bagi calon kepimpinan BKAWM sesi depan.

Seramai 7 orang bagi calon AJKT dan 5 bagi calon HEWI telah memperkenalkan diri serta pengajian dan penerangan pembawakan manifesto untuk sesi hadapan.



Malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan ahli BKAWM serta mendapat jemputan khas dari HEWI Angkat BKAWM, saudari Siti Sarah binti Bushari.

Moga-moga tampuk kepimpinan yang baru dapat meneruskan rantai-rantai perjuangan abang-abang dan kakak-kakak lama yang telah memulakan siri perjuangan ini dulu dan membawa BKAWM terus unggul dan kukuh.

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]